
Dinamakan sempena penghormatan kepada DYAM Mejar Jeneral Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Stadium Sultan Ibrahim Larkin merupakan stadium bola sepak yang masih dalam proses pembinaan. Stadium ini akan menggantikan Stadium Larkin yang menempatkan pasukan Johor Darul Ta’zim F.C akan dijangka buka pada Mei 2019 telah menelan belanja sekitar RM200 ke RM420 juta.

Mengambil idea daripada daun pisang, konsep akhir dan reka bentuk yang telah diumumkan oleh Tunku Ismail Idris dalam satu upacara di Iskandar Puteri, Johor. Stadium Sultan Ibrahim ini mempunyai keluasan tanah 140,000 meter persegi turut melibatkan kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi sehingga boleh memuatkan sehingga 40,000 penonton dalam satu-satu masa!

DYAM Mejar Jeneral Sultan Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam projek ini menitahkan ada beberapa perkara yang baginda inginkan, antaranya kedudukan stadium yang menerima cahaya matahari mencukupi untuk pertumbuhan rumput, penambahan kepingan cermin di sekeliling kawasan dalam stadium dan meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih di luar stadium untuk tujuan pencahayaan pada waktu malam.
Anda boleh ikuti proses perkembangan pembinaan Stadium Sultan Ibrahim ini seperti yang terdapat dalam video di bawah:
Projek yang bakal menjadi satu mercu tanda di Johor ini bukan hanya melibatkan projek pembinaan stadium tetapi juga aspek pembangunan lain termasuklah ibu pejabat Johor Darul Ta’zim, pusat latihan dan kedai cenderamata yang pastinya dinanti-nanti oleh semua bangsa Johor.
Sumber: Wikipedia, Johor Southern Tigers