
Jangan terkejut sekiranya anda terserempak dengan adiwira Deadpool bila ke Jalan Armenia, George Town, Pulau Pinang.
Kebiasaannya adiwira bersut hitam merah pekat itu dilihat bersandar di tiang lampu jalan sekitar dan bergaya seperti merenung sesuatu.
Kebanyakan pelancong tidak menyedari kehadirannya sehinggalah Deadpool sendiri tiba-tiba menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
Deadpool adalah filem adiwira Hollywood yang diterbitkan pada 2016 berdasarkan watak komik Marvel.
Namun Deadpool versi ini bukannya pelakon Ryan Reynolds, tetapi sut tersebut dipakai oleh seorang pemuda 24 tahun bernama Mohamad Syukur Mohd Patthi.
Mohamad Syukur menjual laksa dan rojak bersama keluarga di Butterwoth ketika malam. Sebulan lalu beliau telah membeli kostum Deadpool yang berharga RM300 dan jatuh cinta dalam pemakaian cosplay ini.
Daripada hanya berseronok sendirian, beliau memilih untuk menghiburkan orang ramai termasuk pelancong di Jalan Armenia, George Town.
Setiap hari beliau akan menaiki feri dan akan tiba berlegaran di lokasi jam 4pm melainkan pada hari hujan.
Bila berswafoto bersama pelancong, kebiasaannya mereka akan menderma ke tabung “Deadpool” yang disediakan, namun ia dikatakan sangat jarang berlaku. Jika ada hasil sekalipun, Mohamad Syukur akan serahkan kepada rumah anak yatim di kawasan sekitar.
Ia adalah kerana minat beliau dalam cosplay dan bukan kerana wang semata.
Terbaru, Mohamad Syukur telah membelanjakan RM500 untuk kostum Kevin the Minion dan berniat untuk berlegaran pula sebagai karaktor kuning tersebut.
Seriuslah, bro?
Sumber: The Star Online