Tak Adil Agih Makanan, Rakan Ditikam Mati

Bergaduh kerana tidak adil mengagih makanan, seorang lelaki sanggup menikam leher rakan baiknya di Abu Dhabi. Punca pergaduhan dikatakan daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa memberikan lebih banyak makanan kepada seorang lelaki berbanding pekerja lain.

Tikam Rakan
Sumber: Klub Gastronomi Indonesia

Mangsa pada ketika itu bertugas mengedarkan makanan di tempat penginapan pekerja ditikam menggunakan pisau selepas tertuduh membantah tindakannya. Kejadian ini dikatakan tiada berunsurkan dendam atau pembunuhan yang dirancang kerana keduanya tidak pernah bergaduh sebelum ini.

Mungkin benarlah kata orang, jangan dibuat main dengan orang lapar. Silap-silap boleh bawa maut!

Sumber: MStar