
Tiada apa-apa aktiviti yang hendak dilakukan pada hujung minggu ini? Ya, ada berita baik kepada pencinta ayam goreng!
Friedchillies.com, laman web tentang makanan yang paling lama bertahan di Malaysia, akan menganjurkan AYAM LEJEN buat kali kedua pada tahun ini atas permintaan yang tinggi dan sambutan yang memberangsangkan pada tahun lepas.

Antara peniaga ayam goreng paling popular yang mengambil bahagian dalam menjayakan AYAM LEJEN ini seperti KyoChon 1991, myBurgerLab, Familia Fried Chicken, Wak Kentut JB dan banyak lagi!
Bertempat di stesen LRT Ara Damansara, acara ini bermula pada jam 11 pagi hingga 6 petang selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 November 2018.
Antara menu menarik yang akan disediakan ialah Red Pepper Wingette & Drumette dari Kyochon 1991, Milo Chicken Strips with Budu Mayo dari myBurgerLab dan Fried Chicken with Cheese Sauce dari Familia Fried Chicken yang pastinya membuatkan peminat tegar ayam goreng tidak boleh duduk diam!

Acara ini pasti lagi hangat dengan pertandingan makan ayam goreng, persembahan daripada Rapid KL Buskers dan pelbagai aktiviti yang menarik lagi.
Sebelum anda merancang untuk ke pesta ayam goreng ini, anda perlu membeli tiket di aplikasi BOOST dengan hanya RM5 untuk sehari. Manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun masuk adalah percuma.
Oh ya, gunakan kod ‘muhrqzq‘ dan dapatkan pulangan wang tunai RM5 selepas anda melakukan tambah nilai ke dalam aplikasi BOOST. Jangan lupa untuk muat turun BOOST ya!
Acara ini terhad kepada 3,000 orang untuk memastikan juadah ayam goreng yang dihidangkan kekal segar. Jadi, siapa cepat dia dapat!
Apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga, rakan dan orang tersayang luangkan masa pada hujung minggu ini dengan menikmati ayam goreng kegemaran anda.
Boleh layari ke FriedChillies untuk maklumat lanjut.