
Terokai keindahan sekitar ibu kota Kuala Lumpur dengan perkhidmatan KL Tram tanpa meredah kesesakan jalan raya. KL Tram menawarkan 20 lokasi tarikan pelancongan terutama di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Anda tidak perlu risau menggunakan perkhidmatan tram ini kerana ia dapat menjimatkan masa dan dapat merancang perjalanan anda menerokai beberapa bangunan bersejarah serta melihat keindahan taman yang menjadi tarikan pelancongan di sekitar bandar raya ini.
KL Tram beroperasi pada setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat dua laluan berbeza yang memberi destinasi pilihan pengunjung iaitu:
Laluan 1: Galeri Kuala Lumpur – Taman Botani (Stesen Pertukaran) – Taman Rama-Rama – Muzium Kesenian Islam – Masjid Negara Kuala Lumpur
Laluan 2: Taman Rusa – Kanopi Taman Botani – Tugu Negara – Taman Burung – Memorial Tun Abdul Razak – Muzium Negara
Harga tiket:
Malaysia (Dewasa) – RM10 / (Kanak-kanak) – RM5
Pemegang Kad Ceria mendapat 20% diskaun – RM8
Warga Asing (Dewasa) – RM15 / (Kanak-kanak) – RM 10

Pengunjung boleh naik atau turun tram tanpa had di mana sahaja lokasi mengikut laluan yang disediakan, sekiranya terdapat produk pelancongan yang diminati untuk diberi lebih tumpuan.
Dengan kewujudan tram sebagai salah sebuah perkhidmatan pelancongan baharu, penjelajahan sekitar Kuala Lumpur pastinya mengujakan pengunjung dari dalam dan luar negara.
Sumber: Berita Harian