Little India, Ipoh Jadi Tumpuan Masyarakat

Little India merupakan salah satu daripada produk pelancongan yang membantu dalam menjana ekonomi negeri Perak kerana kepelbagaian barang jualan dengan harga yang murah dan berpatutan. Pusat yang menjadi tarikan utama pengunjung ini bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat India, tetapi masyarakat lain yang datang dari dalam dan luar negara.

Deepavali
Sumber: Honeycombers

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya sentiasa komited untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Perak selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam menjadikan Perak sebagai negeri tumpuan utama pengunjung Malaysia.

Deepavali
Sumber: The Star Online

Beliau yang berucap dalam Majlis Penutupan Malam Kebudayaan Deepavali sempena Karnival Deepavali di Little India pada malam 4 Oktober 2018 turut menyatakan bahawa majlis tersebut menjadi salah satu platform untuk mengeratkan hubungan dan meraikan kepelbagaian antara kaum di negeri Perak.

Bersesuaian dengan Malaysia Baharu, kepelbagaian yang ada di negara ini perlulah dirai dan dijaga dengan baik selain daripada menolak perkara-perkara negatif yang boleh menyebabkan keamanan Malaysia tergugat akibat ketidak sefahaman.

Sumber: Astro Awani