Ini Kulat Paling Mahal Di Dunia

Truffle yang dinobatkan sebagai makanan paling mahal di dunia merupakan sejenis kulat yang tumbuh di bawah tanah. Hanya dengan beberapa hirisan truffle, harganya sahaja boleh mencecah ribuan ringgit!

Bau dan rasa yang sangat unik menyebabkan ramai yang menggemari truffle ini dalam makanan mereka. Di Perancis dan Itali, truffle bukan sahaja diseludup dalam pasaran ‘black market‘ seperti dadah, malah dirompak disebabkan harganya yang mahal dan sukar didapati.

Truffle Kulat Paling Mahal Dunia
Sumber: SBS

Truffle yang tumbuh secara liar dan semulajadi ini memerlukan penjagaan rapi dan hanya boleh tumbuh dengan baik dalam pH tanah yang sesuai, iaitu sekitar 8 ke 8.3 tanpa perubahan suhu yang melampau. Harga truffle menjadi mahal kerana memerlukan masa sekitar 5-6 tahun untuk tumbuh.

Negara yang popular mengeluarkan kulat mahal ini ialah Perancis, China, Amerika, Chile dan New Zealand. Pada tahun 1800-an, banyak hutan truffle di Perancis sehinggakan semua rakyat Perancis mampu menjadikan truffle sebagai menu mereka. Namun disebabkan Perang Dunia Kedua, menyebabkan banyak hutan truffle musnah.

Beberapa hirisan truffle hitam Perancis mampu mencecah ribuan ringgit turut dikenali sebagai black diamond, manakala harga truffle putih Itali boleh melebihi tiga kali ganda daripada harga truffle black diamond! Ada juga yang sanggup berhabisan demi untuk mendapatkan kulat mahal ini.

Anda pernah rasa kulat ini? Jika pernah, bolehlah berkongsi di Facebook MakanLena

Sumber: Sinar Online