
Satu rakaman video melalui dash camera seorang pemandu di Singapura tular menunjukkan penampakan ghost rider menyusur keluar melalui pintu masuk ke Central Expressway (CTE) dari Ang Mo Kio Avenue 1.
Menghiburkan, pemandu kereta tersebut keliru apabila melihat motorsikal tanpa penunggang itu memotong dengan memberi signal di lorong mereka.
https://www.facebook.com/yingying.luo.10/videos/10156004622710829/
Menerusi rakaman itu juga, sesiapa yang menontonnya berasa keliru dengan apa yang berlaku kepada penunggang motorsikal sebenar sebelum rakaman dibuat, melainkan ia betul-betul hantu yang menunggang.
Pemandu kereta yang melakukan rakaman itu menyatakan mereka sedang dalam perjalanan pulang dan menyusur ke jalan raya dan pada masa itu juga sebuah motorsikal menyusur masuk ke lorong mereka.
Mereka yang terkejut dengan insiden yang berlaku depan mata memikirkan pada mulanya ia merupakan pasca Hari Halloween tetapi mujur diberitahu bahawa ia sebenarnya penunggang motorsikal tersebut telah tercampak akibat kemalangan dengan kereta sebelum ini.
Hmmm ghost rider? Its halloween season right?😅
— imymir (@Imyza2) November 2, 2018
Menurut pemilik motorsikal itu, dia berlanggar dengan pemandu Grab di lebuh raya Seletar pada malam itu, dan motorsikalnya mungkin terus bergerak impak daripada pelanggaran tersebut.
Mujur insiden itu sudah dijelaskan bagaimana motorsikal itu bergerak dengan sendirinya. Kalau tidak, mungkin ghost rider sebenarnya wujud dalam dunia realiti ini.
Sumber: Coconuts Singapore