Nak Cuba Makanan Jijik? Muzium Ini Akan Buat Anda Muntah

Anda suka mencuba dan mahu rasa menu makanan baru? Muzium Makanan Jijik atau lebih dikenali sebagai Disgusting Food Museum ini menyajikan pelbagai makanan jijik yang tidak masuk akal!

Muzium yang berada di Sweden ini merupakan tempat kegemaran bagi peminat makanan eksotik. Antara sajian tidak masuk akal yang dihidangkan ketika anda melawat ke muzium ini ialah sup kepala arnab pedas, wain tikus, kelawar yang dihidangkan bersama buah-buahan dan guinea pigs goreng. Buah durian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia turut tersenarai dalam menu jijik ini. Memang tak masuk akal!

Muzium Makanan Jiji
Sumber: FB People’s Daily, China

Pengarah muzium, Samuel West menyatakan menu paling pelik di situ ialah jeruk bangkai jerung yang rasanya seperti gula-gula getah hancing! Bukan sahaja menghidangkan menu jijik dari serata dunia, muzium ini turut mempamerkan barangan bersejarah.

81541395133_freesize

Buat mereka yang tidak tahan untuk muntah, jangan risau. Anda akan dibekalkan dengan beg kertas khas untuk anda memuntahkan isi perut anda selepas melihat, menghidu dan merasai makanan jijik tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk mengunjungi muzium ini, anda boleh ke laman web utama muzium ini, Disgusting Food Museum untuk maklumat lanjut. Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman anda selepas pulang dari sana dengan pihak kami di MakanLena.

Sumber: Astro Awani