Domino’s Maju Selangkah Dengan Perkenal E-Dompet

Kini pembayaran mudah alih menggunakan telefon pintar atau juga dikenali sebagai e-dompet telah menggantikan fungsi dompet fizikal yang merupakan pembayaran alaf baharu di dunia. Domino’s juga tidak terkecuali untuk memperkembangkan perniagaannya di pasaran Malaysia dengan bakal memperkenalkan e-dompet untuk tempahan pizza.

domino's e-dompet
Sumber: BL Harian

Syarikat restoran segera ini maju selangkah dengan penggunaan aplikasi e-dompet memandangkan jualan dalam talian mencecah lebih 50 peratus berbanding khidmat tempahan melalui telefon dan di restoran.

Menurut Shamsul Amree, Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, usaha dan inisiatif digital yang dilaksanakan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna laman sesawang Domino’s Pizza dengan lebih pantas dan efisien.

Buat masa ini, pihak Domino’s masih dalam fasa tinjauan dan perbincangan dengan kerjasama beberapa peserta e-dompet untuk pembelian atau tempahan pizza dengan lebih banyak pilihan daripada pembeli. Platform e-dompet ini mungkin direalisasikan sepenuhnya pada separuh kedua tahun hadapan.

Domino’s juga akan menambahkan lagi cawangan di beberapa lokasi popular yang berpotensi selain di bandar utama seperti di Johor, Pulau Pinang dan Melaka serta Sabah.

domino's e-dompet
Sumber: Dominos

Menerusi perkhidmtan yang bakal diperkenalkan ini, pembeli boleh membuat perancangan kewangan dengan membuat anggaran jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam aplikasi secara bulanan atau mingguan mengikut keperluan. Maka, pembeli tidak perlu risau dengan masalah pembayaran selepas ini.

Sumber: Berita Harian