
Kebiasaannya, kegunaan penyembur lada bertujuan untuk menyelamatkan diri apabila berasa terancam. Namun, lain pula dengan insiden yang berlaku kepada empat penguatkuasa DBKL ini.
Empat penguatkuasa DBKL mengalami kecederaan apabila seorang warga Myanmar bertindak menyembur serbuk lada ke mata mereka di Pasar Borong Kuala Lumpur. Mengikut kenyataan, anggota penguatkuasa sedang melakukan pemantauan dan tindakan sita di lokasi tersebut.

Akibat berang apabila barang jualan disita, beberapa warga Myanmar datang dengan membuat provokasi dengan melemparkan kata-kata kesat terhadap penguatkuasa yang bertugas.
Malah, mereka juga bertindak mengambil gambar petugas DBKL sebelum diarahkan untuk memadam gambar berkenaan yang mengakibatkan berlaku sedikit pergelutan. Kemudian, salah seorang daripada mereka mengeluarkan penyembur lada miliknya dengan menyemburkannya kepada semua petugas di situ.
Sudahlah keluarkan kata-kata kesat, disembur pula dengan penyembur lada terhadap penguatkuasa yang bertugas. Warga asing tersebut akhirnya ditahan dan akan didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dilakukan.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan, penguatkuasa merampas sayur-sayuran yang dijual oleh peniaga Myanmar di situ kerana didapati mereka berniaga tanpa lesen.
Syabas! kepada penguatkuasa DBKL yang menjalankan tugas untuk memastikan warga asing tidak sewenang-wenangnya melakukan kegiatan tidak sah di situ.
Sumber: Harian Metro