Penerbangan Pertama Air Asia Dari Kota Kinabalu Ke Macau

Syarikat penerbangan tambah rendah terbaik Asia, AirAsia telah mengadakan acara sambutan di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau baru-baru ini bagi meraikan penerbangan sulung syarikat itu yang menghubungkan ibu negeri Sabah ke “Las Vegas Asia”.

penerbangan sulung
Sumber: AirAsia Newsroom

Menurut Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Dengan laluan baharu ini, kami kini terbang ke empat bandar di Pearl River Delta dari hab Kota Kinabalu kami.”

Empat bandar itu dihubungkan dengan lebih baik menerusi jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau yang baru dibuka. Pelawat yang menggunakan penerbangan AirAsia mempunyai pilihan untuk terbang dari Kota Kinabalu ke Macau dan kembali dari Hong Kong, Shenzhen atau Guangzhou untuk merasai pengalaman meneroka destinasi pelancongan di sana.

AirAsia memilih Kota Kinabalu sebagai hab kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur dengan melancarkan tiga laluan antarabangsa dari Kota Kinabalu ke Bangkok, Kunming dan kini ke Macau.

penerbangan sulung
Sumber: AirAsia

Selain Macau, pelawat yang memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu juga boleh ke 10 destinasi yang lain iaitu Bangkok, Singapura, Manila, Taipei, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Kunming (bermula 30 November 2018) dan 8 destinasi domestik iaitu Kuala Lumpur, Tawau, Sandakan, Kuching, Miri, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Jadi anda boleh memilih Macau sebagai salah sebuah destinasi percutian pilihan dengan menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini.

Sumber: AirAsia