
Sebuah bas yang hilang kawalan berlanggar dengan sebuah kereta telah menjunam kira-kira 60 ke 80 meter ke dalam sebatang sungai. Kejadian berlaku di barat daya China itu dikatakan berpunca daripada pergaduhan di antara pemandu bas dengan seorang penumpang.

Bas yang membawa 15 orang penumpang termasuklah pemandu telah berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan yang memasuki jalan salah kemudiannya telah merempuh pagar jambatan sebelum tenggelam di dalam sungai Yangtze. 132 orang saksi ditemu bual termasuklah penumpang yang turun di hentian sebelum kejadian dan pekerja syarikat bas tersebut.
Paparan video menunjukkan penumpang yang dikenali sebagai Liu, memukul pemandu, Ran dengan menggunakan telefon bimbit. Ran dikatakan tidak mahu memberhentikan bas seperti diminta Liu yang sudah terlepas hentiannya.
Rakaman CCTV ada menunjukkan Ran cuba menghalang pukulan Liu dengan menggunakan tangan kanan, manakala tangan kirinya tidak pernah meninggalkan steering wheel untuk mengawal bas yang berkelajuan 51 km/j.
Sumber: The Star Online