Makan Domino’s Pizza Sambil Bersukan

Jenama pizza popular di Malaysia, Domino’s Pizza telah mengumumkan secara rasmi untuk bekerjasama dalam industri arena e-sukan di Malaysia dengan memperkenalkan Domino’s Esports. Ia dilihat sebagai satu usaha yang baik untuk menyumbang dalam industri arena e-sukan tempatan.

sukan pizza
Sumber: Gamer Braves

Untuk pengetahuan peminat e-sukan, Domino’s bekerjasama dengan syarikat Garena dengan menawarkan pakej kombo istimewa yang melibatkan 3 permainan atas talian popular mereka iaitu Arena of Valor (MOBA), Contra: Return dan Free Fire (Battle-Royale).

Dua pakej kombo istimewa yang ditawarkan Domino’s iaitu Domino’s Good Game Combo pada harga RM34.90 dan pakej Well Played Combo pada harga RM54.90 dan anda berpeluang menebus salah satu kod permainan yang terlibat.

Dengan membeli pakej tersebut anda mungkin berpeluang untuk mendapat rare skins, heroes, coins dan weapons! Menarik bukan?

Kedua-dua pakej tersebut sudah bermula pada November ini sehingga December 2018.

sukan pizza
Sumber: Gamer Braves

Kerjasama ini merupakan berita baik kepada pemain dalam e-sukan ini kerana Domino’s juga akan hadir dengan beberapa penawaran menarik.

Boleh ke laman web Domino’s Pizza untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi istimewa mereka. Jangan lepaskan peluang jika anda ada bermain permainan Garena yang disebutkan tadi.

Sumber: Amanz