2018 Hampir Berlalu, Nak Tahu Trend Travel 2019?

Kita sudah berada di bulan November 2018, lagi sebulan saja sebelum berakhirnya tahun 2018. Apa kata kita intai-intai sikit sebahagian daripada trend travel tahun 2019, seperti yang dikongsi oleh laman web Booking.com baru – baru ini. Manalah tahu, ada di antaranya yang anda nak follow.

1) Trip pendek hujung minggu

Menurut Booking.com, 53 peratus pelancong global melaporkan yang mereka merancang lebih banyak trip hujung minggu (weekend trip) untuk tahun 2019 nanti. Pertambahan laluan penerbangan seluruh dunia, tiket penerbangan yang murah dan juga perkhidmatan penginapan dan pengangkutan di hujung jari telah memungkinkan pelancong menghabiskan segala itinerari mereka dalam tempoh yang singkat.

Weekend trip
Kredit: traveldglobe.com

2) Trip hujung jari, macam real dan personalised

Teknologi Artificial Intelligence (AI), virtual reality dan speech recognition merupakan antara inovasi yang akan memudahkan pelancong dalam tahun 2019. Ini termasuklah kebolehan untuk masuk dan keluar bilik di hotel dengan hanya menggunakan telefon pintar, tips melancong online yang unik dan khusus mengikut individu dan khidmat robot penyambut tetamu yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa.

Pelancong global juga dikatakan mahu aplikasi real time luggage tracking, supaya mudah nak kesan lokasi luggage mereka semasa melancong. Selain itu, ramai pelancong nakkan hanya satu sahaja aplikasi yang boleh membantu mereka membuat dari A ke Z dalam merancang, membeli tiket penerbangan, penginapan dan juga tiket masuk ke tempat-tempat menarik.

Ada juga pelancong yang berharap supaya aplikasi virtual tour guide/travel agent dan aplikasi augmented reality dapat digunakan dengan lebih meluas. Contoh aplikasi augmented reality adalah Google Translate, yang memiliki fungsi menterjemahkan gambar seperti papan tanda atau menu menjadi perkataan dalam beberapa bahasa yang terpilih.

translated-sign
Kredit: makeuseof.com

3) Trip dengan lokasi rare

NASA akan memulakan pembinaan Stesen Angkasa Lunar pada tahun 2019 (dijadualkan dilancarkan pada tahun 2022). 4 dari 10 orang pelancong global menyatakan mereka teruja dengan prospek pelancongan angkasa lepas manakala 38 peratus lagi memang bersedia untuk mengalami sendiri pelancongan angkasa lepas.

Sementara menunggu pelancongan angkasa menjadi realiti, banyak pelancong mencari lokasi-lokasi yang jarang dikunjungi atau pengalaman yang susah untuk didapati. Contohnya 60 peratus pelancong global menyatakan mereka teringin untuk menginap di dalam lautan. Eh, macam pernah dilihat saja Neelofa bergaya sakan di villa dalam laut di Maldives baru-baru ini, kan?

The Muraka 1
Kredit: traveldestinations.biz

4) Trip travel sambil belajar

56 peratus pelancong global bersetuju yang melancong telah mengajar mereka kemahiran hidup yang tak ternilai. Tahun 2019 nanti, lebih ramai pelancong akan berminat untuk belajar benda baru sambil melancong, samada menyertai aktiviti sukarela atau belajar kemahiran baru.

Generasi Z dilihat akan lebih percaya bahawa ilmu dan pengalaman yang didapati semasa melancong itu lebih berfaedah berbanding kelulusan di peringkat ijazah di universiti.

Percayalah, melancong sambil belajar ini memang akan popular dalam tahun 2019. Ini dibuktikan dengan 68 peratus pelancong global bersedia menyertai program cultural exchange untuk belajar kemahiran baru contohnya bahasa dan seni budaya.

Selain itu, 54 peratus pelancong global juga bersedia untuk melancong sambil menjadi sukarelawan manakala 52 peratus pelancong global yang bekerja sepenuh masa sanggup untuk ditukarkan ke luar negara. Apa saja untuk travel while learning, betul?

cultural trip
Kredit: Iheanyiigboko Blog

5) Trip pengalaman rare

Melancong untuk merasai pengalaman akan menjadi lebih penting pada tahun 2019. 60 peratus pelancong global memilih faedah pengalaman berbanding faedah material (bajet). Mereka sanggup membayar lebih untuk pengalaman yang unik dan akan diingati sampai bila-bila. Melancong bagi mereka adalah untuk merasai nikmat selesa dan gembira.

42 peratus pelancong global teringin untuk pergi ke tempat yang buat mereka rasa macam kanak-kanak semula, macam permainan ball pits atau bouncy castle. Katanya di London memang ada ball pits dan bouncy castle untuk orang dewasa. London, anyone? Teringin pula nak terjun dalam bola warna-warni. Selalu nampak yang untuk kanak-kanak saja.

ball pits
Kredit: standard.co.uk

6) Trip mesra alam sekitar

Dijangkakan golongan millennial dan Generasi Z akan mencari pengalaman melancong yang lebih mesra alam sekitar. 86 peratus pelancong global menyatakan mereka sanggup untuk meluangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang boleh meminimakan kesan negatif kepada alam sekitar, yang terhasil dari trip mereka. Contoh, pelancong yang mandi – manda di pantai bersedia untuk mengutip segala sampah -sarap di pantai tersebut. Bukankah mereka juga yang menjadi antara penyumbang kepada sampah-sampah tersebut asalnya?

Dijangkakan lebih banyak bisnes berasaskan pelancongan seperti hotel, pengangkutan dan pakej pelancongan akan lebih komited dengan misi menjaga alam sekitar untuk masa depan.

clean up
Kredit: mommyjane.com