Tawaran 11.11 Air Asia BIG Bersama Taobao.com

Sempena menyambut 11.11 yang akan tiba, pihak Air Asia BIG telah menjalankan kerjasama dengan Taobao Malaysia untuk memberikan ganjaran hebat kepada para pelanggan. Sambil berbelanja di Taobao.com, para pelanggan boleh mendapatkan mata ganjaran BIG selain daripada menikmati harga diskaun yang mengagumkan!

Air Asia BIG Taobao
Sumber: imoney

Dengan pembayaran menerusi revPAY (gerbang pembayaran rasmi Taobao.com), Air Asia BIG Loyalty memberikan tawaran istimewa iaitu 1 Mata Ganjaran BIG bagi setiap RM11 yang dibelanjakan pada 11 November 2018 selain daripada 1 Mata Ganjaran BIG bagi setiap RM15 yang dibelanjakan di Taobao.com.

Air Asia BIG Taobao
Sumber: Facebook revPAY

11 Ahli BIG yang membelanjakan jumlah terbanyak pada hari tersebut akan berpeluang untuk memenangi 30,000 Mata Ganjaran BIG yang boleh digunakan untuk menebus penerbangan ke mana-mana destinasi impian anda! Promosi Air Asia ini merupakan salah satu daripada ganjaran yang ditawarkan buat para pelanggan setia dengan menggunakan kegemaran masyarakat masa kini, iaitu berbelanja secara atas talian secara selamat dan cepat.

Air Asia BIG Taobao
Sumber: My Blog Nasa

Ahli BIG juga boleh mendapatkan Mata Ganjaran BIG melalui pembelian menerusi BIG e-Store yang dibarisi oleh jenama terkemuka seperti Lazada, 11street, Nike dan Sephora dengan 1 mata Ganjaran di setiap perbelanjaan RM1. Selain itu, anda bukan sahaja boleh melakukan penebusan tawaran BIG Deals bagi baucar-baucar Fave untuk menjamu selera, kecantikan dan pelancongan, tetapi diskaun sebangak 95% dan pembelian baucar untuk nikmati Mata Ganjaran BIG!

Air Asia BIG Taobao
Sumber: Newsroom Air Asia

Buat mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli BIG, anda bolehlah kunjungi laman Air Asia BIG dan nikmati ganjaran yang lebih menarik dan menguntungkan!