Bamboo Airways Bakal Terbang Tidak Lama Lagi

Bamboo Airways akan mula menjalankan operasi selepas 45 hari daripada tarikh penerimaan lesen penerbangan, kira-kira pada penghujung tahun 2018. Syarikat penerbangan ini terpaksa menangguhkan penerbangan sulung mereka pada 10 Oktober 2018 kerana tidak mendapat lesen dalam masa yang ditetapkan. Perdana Menteri Vietnam, Xuan Phuc telah meluluskan kertas cadangan untuk mendapatkan lesen penerbangan daripada Kementerian Perdagangan.

Bamboo Airways
Sumber: Conde Nast Traveler

Presiden FLC Group (syarikat pemaju hartanah), Trinh Van Quyet memberitahu dengan memiliki lesen penerbangan ini syarikat sudah boleh untuk memulakan operasi perkhidmatannya. Bakal memulakan operasi dengan menggunakan pesawat Boeing 787-9 yang dibeli dengan nilai $5.6 bilion, syarikat ini merupakan syarikat penerbangan kelima di negara tersebut selain daripada Vietnam Airlines, Jetstar Pacific Airlines, Vietjet dan Vietnam Air Services.

Buat yang ingin mencuba untuk terbang dengan pesawat baru ini, anda bolehlah merancang destinasi percutian dengan merujuk kepada laman web rasmi syarikat Bamboo Airways.

Sumber: Free Malaysia Today