
Belum habis kontrovesi nahas pesawat Lion Air, timbul pula isu baru berkaitan tindakan seorang juruterbang yang ditangkap berada dalam keadaan mabuk sebelum memulakan penerbangan. Arvind Kathpalia digantung lesen penerbangan selama 3 tahun kerana gagal dalam dua ujian nafas yang mengukur kandungan alkohol.
BACA: Bonus Deepavali Kena Tarik, Kakitangan Mogok Di Terminal
Beliau yang sepatutnya membawa pesawat dari Delhi menuju ke London itu gagal dalam kedua-dua ujian telah digantikan oleh juruterbang yang lain. Pada tahun 2017, Arvind ditangkap melakukan kesalahan yang sama yang menjadikan beliau seorang pesalah berulang. Pada ketika itu, beliau hanya dikenakan hukuman penggantungan lesen selama 3 bulan selepas gagal untuk menjalani ujian perubatan prapenerbangan.

Peraturan pesawat tidak membenarkan anak kapal untuk mengambil apa-apa jenis minuman beralkohol 12 jam sebelum memulakan penerbangan demi memastikan keselamatan semua para penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini. Kes juruterbang yang mabuk sebelum melakukan penerbangan bukanlah sesuatu yang baru. Pernah juga berlaku di negara Portugal, London, Nepal dan Indonesia, India bukanlah satu-satunya negara yang melakukan jenayah pesawat udara ini.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan hanya akan membahayakan nyawa para penumpang, tetapi juga membawa kepada kerugian dan mencemarkan nama baik negara.
Sumber: India Today