AirAsia Warnai Awan Dengan RED Dan 88Rising

Syarikat penerbangan AirAsia telah mengumumkan kerjasama dengan (RED) dan 88Rising pada majlis pelancaran rekaan pesawat khas (WEAREALLCHAMPIONS)RED di hangar Sepang AirCraft Engineering (SAE) dalam usaha menyokong Dana Global membanteras AIDS di rantau Asean.

airasia red 88rising
Sumber: Newsroom AirAsia

Bagi sesiapa yang sudah membeli tiket sempena promosi Tempat Duduk Percuma, AirAsia telah menyalurkan kutipan ke Dana Global bagi membantu program HIV/AIDS di rantau Asean yang mana menurut data pada tahun 2017 UNAIDS, seramai 1.8 juta pesakit yang menghidap HIV.

BACA: AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Percuma

airasia red 88rising
Sumber: 123RF

AirAsia akan salurkan sebanyak USD 20 sen bagi setiap tempat duduk yang dijual di laman AirAsia dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula tengah hari ini hingga tengah hari Rabu esok (24 Jam). Usaha ini untuk membantu menanggung keperluan rawatan antiretroviral harian yang boleh menyelamatkan nyawa bagi pesakit HIV.

Selain itu, syarikat media 88rising pula akan mengadakan konsert amal festival muzik dan seni Asean yang dijangkakan pada tahun hadapan untuk mendorong penonton turut bersama-sama menyelamatkan nyawa. Tarikh, tempat dan barisan persembahan akan diumumkan kelak.

airasia derma
Sumber: Imgur

Tahniah! AirAsia kerana kerjasama yang dilakukan ini mewujudkan kesedaran dengan membantu golongan HIV/AIDS. Jadi kepada anda, inilah waktu terbaik untuk anda menempah tiket sambil menderma.

Sumber: AirAsia