
Gara-gara meletakkan jarum dalam buah strawberi, wanita berusia 50 tahun telah ditahan selepas siasatan rumit terhadap skandal buah strawberi dicemari jarum yang menggemparkan Australia baru-baru ini. Dakwaan jenayah yang dilakukan itu bermotifkan dendam dan sabotaj.

Didapati hampir 200 kes dilaporkan melibatkan jarum dalam buah strawberi dan buah-buahan lain yang dijual. Wanita itu diberkas selepas pemburuan di seluruh negara dilakukan merupakan orang pertama yang dikenakan tindakan.
Dia didakwa dengan tujuh tuduhan mencemarkan produk jualan yang mengakibatkan kerugian ekonomi dan akan menghadapi hukuman penjara 10 tahun jika disabit kesalahan.
Siasatan terhadap kes tersebut memerlukan kerjasama beberapa agensi kerajaan, penguatkuasaan undang-undang dan risikan akhirnya berjaya menahan suspek. Kes pertama berlaku di Queensland membabitkan seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut selepas makan buah strawberi.

Pencemaran jarum dalam strawberi telah menyebabkan seluruh pasar raya di Australia perlu dikosongkan dan para petani terpaksa membuang strawberi ketika musim menuai. Industri tanaman buah strawberi Australia mendapat kerugian besar akibat kes tersebut.
BACA: Backpackers Kini Boleh Tinggal Lama Di Australia
Sumber: Mirror UK