5 Destinasi Menarik Sempena Cuti Sekolah

Hujung tahun ialah saat yang dinantikan oleh semua pelajar sekolah di Malaysia kerana pada masa inilah keluarga merancang untuk melancong ke destinasi menarik dengan meluangkan masa bersama. Cuti sekolah bagi hujung tahun sememangnya menjadikan lokasi pelancongan mendapat kunjungan tertinggi.

Di sini kami kongsikan 5 pilihan destinasi di sekitar Malaysia yang pastinya menarik untuk dikunjungi.

1. Farm In The City Sri Kembangan

destinasi menarik cuti sekolah
Sumber: Johor Now

Luangkan masa bersama keluarga di Farm In The City.  Konsep zoo kecil ini mengetengahkan haiwan ternakan dan haiwan eksotik kepada masyarakat dengan lebih dekat. Menariknya, anda dapat rasai pengalaman mengenali, menyentuh, dan memberi makanan dengan haiwan ternakan di sini.

Lokasi: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Info lanjut: Farm In The City

Tidak mahu ke zoo, tidak mengapa. Kami bawakan anda berseronok di

2. MAPS Movie Animations Park Studios

destinasi menarik cuti sekolah
Sumber: Super Deals

MAPS teletak di Ipoh merupakan taman tema animasi pertama Asia yang menampilkan tarikan animasi seperti Dreamworks Animation ,The Smurfs dan animasi popular Malaysia, BoboiBoy. Lokasi ini sangat sesuai untuk seisi keluarga terokai dunia fantasi dengan pelbagai aktiviti dan permainan menarik yang pastinya akan mengujakan anda!

Lokasi: Movie Animation Park Studios, 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
Info lanjut: MAPS

Ingin keluar dari hipuk-pikuk kota, percutian di pulau adalah terbaik! Kami cadangkan anda menginap di

3. Ombak Villa Langkawi

destinasi menarik cuti sekolah
Sumber: High On Wanderlust

Villa ini menawarkan pemandangan Laut Andaman dan Gunung Mat Chinchang yang merupakan antara tarikan pelacongan di Pulau Langkawi. Pelbagai pakej menarik ditawarkan untuk keluarga dan pasangan yang ingin berbulan madu.

Kemudahan yang disediakan seperti kolam renang infiniti, gimnasium dalaman dan luaran, dewan mesyuarat dan bankuet bagi tetamu yang menginap di sini. Ia sangat sesuai bukan sahaja untuk penginap berbulan madu, malahan untuk keluarga dan rakan-rakan.

Lokasi: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Info lanjut: Ombak Villa Langkawi

Ayuh kita terbang ke borneo pula.

Sabah terkenal dengan menyajikan keindahan flora dan fauna. Lokasi ini terbaik untuk keluarga yang meminati percutian perkhemahan.

4. Hounon Ridge Farmstay & Camping

destinasi menarik cuti sekolah
Sumber: Karangkraf

Homestay ini menawarkan pemandangan Gunung Kinabalu terutama pada waktu pagi. Pelbagai jenis bilik untuk penginapan seorang, berpasangan ataupun keluarga termasuk dorm dan juga disediakan khemah untuk pengunjung yang ingin rasakan suasana camp fire.

Bayangkan anda bangun pagi disajikan dengan keindahan Gunung Kinabalu yang gah dan pada malam pula diterangi dengan cahaya bulan dan taburan bintang yang mempesonakan.

Lokasi: Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah
Info lanjut: FB Hounon Ridge

Bukan Sabah sahaja yang ada pemandangan yang memukau, Sarawak juga perlu anda masukkan dalam senarai destinasi wajib cuti sekolah.

5. Borneo Highlands Resort

destinasi menarik cuti sekolah
Sumber: Agoda

Resort yang terletak di Kuching dan berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan ini membawa anda menikmati alam semula jadi yang luar biasa yang tidak dapat dilihat di bandar pesat. Anda dapat menyaksikan acara tahunan seperti Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung di kawasan tanah tinggi ini.

Lokasi: Jalan Borneo Heights, Padawan, Kuching, Sarawak
Info lanjut: Borneo Highlands

Abadikan percutian and bersama keluarga tercinta dengan Photo Puzzles dari Photobook Malaysia. Sambil mengimbas kembali kenangan percutian, anda juga boleh meluangkan masa bersama dengan bermain susun suai gambar ini.

Seronok bukan?

destinasi menarik cuti sekolah
Sumber: Youbeli

Anda boleh memilih antara 2 pilihan yang ditawarkan:

Pilihan 1:
Portrait / Landskap berukuran saiz A4, 12” x 8”
Kuantiti: 120 keping
Material: papan felt

Pilihan 2:
Portrait / Landskap berukuran saiz A3, 12” x 16”
Kuantiti: 300 keping
Material: papan felt

Bagaimana untuk tebus baucar Photo Puzzle ini?

  1. Anda pilih Photo Puzzle di Photobook Malaysia
  2. Terima kod baucar
  3. Hasilkan gambar anda sebelum tamat tempoh baucar
  4. Semak dan tunggu penghantaran dalam tempoh 7 hari bekerja

Mudah bukan? Abadikan memori anda dengan Photobook!