PM Singapura Mengimbau Kembali Zaman Kanak-Kanak Makan Mi Wantan Bidor

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengimbas kembali kenangan zaman kecilnya bersama keluarga makan mi wantan di Bidor. Luahannya itu diberitahu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika waktu makan tengah hari bersama semasa lawatan beliau ke Malaysia.

pm singapura mi wantan bidor
Sumber: Iamroslyn

Mi wantan yang menjadi sebutan PM Singapura itu merupakan mi wantan milik Restoran Pun Chun yang mana restoran itu antara lokasi persinggahan popular pelancong. Pemilik restoran generasi ketiga, Khong Sook Fun berasa bangga dan menjadikannya sebagai satu penghormatan kerana mi wantan restorannya disebut beliau.

Restoran yang beroperasi sejak 81 tahun itu juga popular dengan menu Duck Leg Noodles dan Fragrant Chicken Biscuits selain mi wantan mereka. Sajian daging itik panggang bersama sup herba yang pekat merupakan hidangan istimewa restoran itu.

pm singapura mi wantan bidor
Sumber: Malay Mail

Pemilik restoran itu berharap PM Singapura datang menjamu selera mi wantan mereka lagi apabila melawat ke Malaysia.

Bagi sesiapa yang ingin makan mi wantan kesukaan PM Singapura, alamat mereka di 38-40, Jalan Besar, 35500 Bidor, Perak.

Sumber: Malay Mail