Demonstrasi Pengusaha Restoran Bantah Larangan Merokok

Larangan merokok di semua restoran dan premis makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menimbulkan kemarahan pengusaha restoran dan kedai. Tiga persatuan yang mewakili 20,000 pengusaha restoran negara ini telah berdemonstrasi secara aman di depan bangunan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) untuk membantah larangan tersebut.

BACA: Tindakan Berat Jika Merokok Di Premis Makanan Mulai Januari 2019

Larangan Merokok
Sumber: Says Seismik

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan MSCSPGA menganggap keputusan kerajaan seakan tidak menghormati hak mereka sebagai pemilik perniagaan. Mereka bukan mahukan hak pelanggan perokok, sebaliknya hak menyediakan dua tempat bagi golongan yang merokok dan tidak.

Arahan yang melarang kesemua premis makanan sama ada yang restoran berhawa dingin (tertutup) atau warung yang berkonsep terbuka dikatakan bakal menjejaskan perniagaan mereka. Persatuan pengusaha ini berharap agar kerajaan mengkaji semula arahan terbabit dan mencontohi negara luar yang tidak bersifat diskriminasi pada golongan perokok.

Pada pendapat kami, kerajaan perlulah meluluskan permohonan pengusaha restoran untuk menyediakan ruangan khas merokok di premis makanan. Namun, golongan perokok perlulah sentiasa mempunyai sikap toleransi dan turut menghormati hak orang awam yang tidak merokok dan mahukan persekitaran awam yang bebas dari asap rokok terutamanya semasa menikmati hidangan di restoran atau warung makan.

Pendapat anda pula bagaimana?

Sumber: