Air Asia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Percuma!

Syarikat penerbangan kegemaran anda kini kembali dengan promosi 5 juta tempat duduk percuma! Tempahan boleh dibuat bermula 12 hingga 18 November 2018 di laman web Air Asia dan aplikasi mudah alih untuk tempoh perjalanan dari 6 Mei 2019 hingga 4 Februari 2020!

BACA: AirAsia Hubungkan Kuala Lumpur Terus Ke Tianjin, China

Dengan tambang serendah RM15, anda boleh terbang dari Kuala Lumpur untuk bercuti ke pelbagai destinasi menarik termasuklah Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi dan Pulau Pinang. Buat mereka yang ingin bercuti ke ASEAN, tambang semurah RM39 untuk lokasi seperti Brunei, Phnom Penh, Surabaya, Ho Chi Minh dan banyak lagi!

Air Asia Promosi 5 Juta
Sumber: Pantip

Murah bukan? Oh tidak lupa juga untuk mereka yang memilih untuk bersama Air Asia X, dengan tambang keahlian bermula RM199 anda boleh terbang dari Kuala Lumpur untuk melawat destinasi yang memukau seperti ke Chongqing, Melbourne, Taipei, Seoul dan Osaka. Untuk perjalanan yang lebih selesa, anda boleh menempah tempat duduk Premium Flatbed bermula harga RM899 sahaja!

Ada juga tawaran buat pengguna BigPay yang mana anda boleh nikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun tempahan awal bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi berdaftar bila anda bayar menggunakan kad Big Pay. Untuk mereka yang menempah menggunakan Kredit Kad Platinum AirAsia pula, anda boleh dapatkan mata ganjaran AirAsia BIG.

Air Asia Promosi 5 Juta
Sumber: Modern Buyer Behaviour

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi faedah lain yang boleh anda dapat apabila anda melakukan pratempahan Pek Nilai yang termasuk beg berdaftar 20kg, satu hidangan dalam penerbangan oleh Santan, pilihan tempat duduk biasa, dan insuran perlindungan perjalanan oleh Tune Protect dan perlindungan Kelewatan Bagasi!

Apa tunggu lagi. Lawati segera laman web AirAsia dan pilih destinasi pilihan anda dengan harga yang murah lagi berbaloi! Jangan tunggu lama-lama, nanti promosi habis anda yang kecewa.

Sumber: Air Asia