‘Instagrammer’ Wajib Pergi Restoran Ini, Ada Meja Khas RM42,000

Instagrammer‘ merujuk kepada individu yang berkongsi gambar dengan menggunakan aplikasi Instagram. Zaman kini semuanya menggunakan media sosial sehinggakan anak-anak yang berumur seawal 4 tahun pun sudah tahu mengenai Instagram, Facebook dan Twitter.

Trend media sosial yang menjadi kegilaan orang zaman kini dilihat sebagai satu peluang oleh pemilik restoran Boston Chops untuk menambah bilangan pelanggan mereka. Pemiliknya sanggup berbelanja sehingga $10,000 (RM 42,000) untuk menyediakan meja khusus buat pelanggan ‘Instagrammer‘ mereka melakukan hantaran atau posting di media sosial.

Instagrammer Meja RM42,000
Sumber: Boston Chops

Lengkap dengan pencerahan dan warna lampu yang boleh dikawal menerusi aplikasi, sistem menggunakan mentol pintar ini menjadikan gambar yang diambil sempurna untuk dikongsikan. Tidak hairanlah jika harga yang dibelanjakan untuk meja tersebut mahal.

Mungkin pemilik restoran melihat kesan jangka panjang yang akan diperolehi sekiranya mereka mendengar keluhan pelanggan ‘Instagrammers‘ ini. Sekiranya gambar yang diambil oleh ‘Instagrammer‘ tular, pasti akan mendatangkan keuntungan kepada pemilik restoran.

Instagrammer Meja RM42,000
Sumber: Boston Magazine

Kalau anda seorang Instagrammer, bolehlah berkunjung ke restoran Boston Chops ini dan kongsikan gambar anda bersama kami di MakanLena.

Sumber: Amanz