
Kepada yang dah menonton filem biografi Queen, Bohemian Rhapsody arahan pengarah Brian Singer dan Rami Malek, pasti kenal akan wajah penyanyi kumpulan yang popular pada tahun 80an, Freddy Mercury ini.
Didalam kehangatan filem tersebut yang sedang berlangsung kini, dunia netizen dihiburkan dengan satu ciapan daripada Twitter milik Nazrudin Rahman hasil perkongsian daripada pemilik asal gambar tersebut di Facebook, Wen Harn Loo.
Briyani Wrapsody. pic.twitter.com/s913IH1p2S
— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) November 16, 2018
Dengan menggunakan kapsyen ‘Briyani Wrapsody’, perkongsian tersebut menjadi bual mulut netizen kerana ia kena dengan pemilik wajah seorang pekerja restoran mamak, Chennai Spice Cyberjaya yang mirip dengan Freddy Mercury.
Sehingga kini ciapan tersebut telah dikongsikan sebanyak lebih daripada 9 ribu kali!
Untuk rekod, kutipan tiket box office untuk filem Bohemian Rhapsody telah mencapai lebih RM209 juta!
Kepada yang belum menyaksikan filem ini, boleh layan trailer ia dahulu dalam video di bawah.