
Kebanyakan hotel berusaha untuk menawarkan perkhidmatan jaminan privasi dan menurut apa-apa permintaan para tetamu terutama kepada hotel-hotel bertaraf lima bintang. Namun, ada juga tetamu yang mengambil kesempatan dengan membuat permintaan yang tidak masuk akal!

Kakitangan hotel sudah semestinya sedia maklum dengan permintaan dan kerenah para tetamu. Walaubagaimanapun, sesetengah permintaan mereka boleh pening kepala dibuatnya.
Baru-baru ini, satu kaji selidik dikeluarkan oleh rantaian hotel bajet, Travelodge mendedahkan beberapa perkara mengarut yang diminta para tetamu hotel. Berdasarkan kaji selidik tersebut, sesetengah daripada 19 juta pelanggannya membuat permintaan yang pelik dari 553 buah hotel di United Kingdom sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu.
Mengikut kaji selidik tersebut, sesetengah permintaan tetamu berkaitan bilik bukanlah untuk diri mereka tetapi untuk orang lain. Sebagai contoh, antara permintaan tidak masuk akal yang pernah diminta tetamu,
“Bolehkan anda penuhkan bilik saya dengan 100 biji belon berbentuk hati merah jambu untuk hari ulang tahun nenek saya yang ke-100 dengan perkataan ‘Happy Birthday Grandma Glandys’.
Ada juga tetamu lain meminta, “Bolehkah anda penuhkan tab mandi di bilik saya dengan skop aiskrim pelbagai perisa untuk ulang tahun isteri saya yang ke-40?”.
Beberapa permintaan juga dibuat berkaitan dengan haiwan walaupun sesetengah permintaan itu mampu dilaksanakan.
Contohnya, “Bolehkan anda sediakan tempat tidur yang selesa untuk dua anak kucing Bengal kesayangan saya, Simba dan Nala?”.
Sementara itu, ada juga yang mengadakan permintaan lebih mengarut untuk tunjukkan perasaan cintanya.
“Bolehkah anda aturkan pertunjukan ikan lumba-lumba di laut pada pukul 9 malam ketika saya melamar teman wanita saya?”.
Untuk ini pula, seorang tetamu menunjukkan kecintaanya terhadap objek.
Dia bertanya, “Bolehkan anda selimutkan Ferrari saya malam ini kerana ‘dia’ tidak suka sejuk?”.
Selain itu, tetamu juga mahu kakitangan hotel menjadi penganjur acara pada waktu malam.
“Boleh berikan saya empat kakitangan hotel dengan berpakaian seperti kumpulan Beatles untuk adakan persembahan pada perkahwinan rakan saya?”
Permintaan lain pula, “Bolehkan anda aturkan band Mariachi untuk adakan persembahan di Seven Bridge pada hari jadi suami saya?”
Lagi mengejutkan dan tidak masuk akal, ada juga sesetengah tetamu mengharapkan kakitangan hotel mencipta keajaiban dengan mengawal cuaca!
“Bolehkan anda aturkan salji turun pada esok hari kerana saya mahu perkahwinan saya diliputi salji?”. Mungkin tetamu ini ingin rasakan suasana perkahwinan ala-ala Snow White.
Namun ada lagi permintaan pelik yang agak melampau kerana kecintaanya terhadap keluarga diraja.
“Bolehkah anda berdiri dalam barisan sepanjang malam dan ‘jaga’ tempat saya di luar Istana Windsor supaya saya boleh menghadiri perkahwinan Putera Harry dan Meghan?”. Menurutnya, tetamu itu perlu tidur supaya kelihatan cantik untuk perkahwinan diraja itu.

Melihat pada itu, Jurucakap Travelodge mengulas mereka akan sedaya upaya apa yang termampu untuk membantu menunaikan permintaan pelanggan kerana mereka anggap ini satu cabaran untuk melonjakkan taraf hotel mereka. Namun begitu, ada beberapa permintaan yang mereka tidak dapat bantu seperti mengatur pertunjukkan ikan lumba-lumba atau menurunkan salji mengikut kehendak tetamu.
Adakah anda juga golongan tetamu hotel yang membuat permintaan yang pelik-pelik?
Sumber: Express UK