
Tidak lengkap percutian anda ke Korea Selatan jika di dalam jadual pelancongan anda tidak diselitkan jadual untuk mengunjungi Everland, taman tema terbesar negara ini! Dengan bilangan 7 juta pengunjung dalam masa setahun, anda perlu bijak menyusun strategi agar percutian anda lebih lancar dan teratur.
Anda ada masa yang terhad, tetapi mahu mengunjungi kelima-lima zon di Everland? Kami senaraikan beberapa aktiviti untuk anda terokai semasa berada di zon Pengembaraan di Amerika (American Adventure), Zootopia, Pameran Global (Global Fair), Negeri Magis (Magic Land) dan Pengembaraan di Eropah (European Adventure) tanpa terlepas satu pun!
1. Pameran Global (Global Fair)
Masuk sahaja pintu Everland, anda akan terpegun dengan panorama seperti dalam dunia dongeng; bangunan yang dibina terselit elemen pelbagai negara bermula dari zaman Mesopotapia, Renaissance sehinggalah seni bina moden. Pengunjung yang membawa anak kecil disarankan untuk mengambil kereta tolak (stroller) daripada Kaunter Khidmat Pelanggan terlebih dahulu sebelum memulakan penerokaan.

Buat peminat K-pop anda wajib anda kunjungi Live Hologram Theatre kerana di sana anda boleh berjumpa dengan visual artis kegemaran anda seperti G-Dragon dan PSY! Terasa seolah-olah berjumpa dengan figura nyata mereka, anda boleh melihat pertunjukan yang diadakan setiap 30 minit bermula jam 10.30 pagi hingga 7.30 malam.

2. Pengembaraan Di Amerika (American Adventure)
Seolah keseluruhan Amerika Barat sudah dipindahkan di zon ini! Pengembaraan yang merentas masa dan ruang bermulalah dari penemuan benua Amerika, era perintis, Rockville, kebangkitan budaya orang muda sehinggalah ke zaman Rock n’ Roll pasti membawa memori indah buat anda!
Dibina dengan tema 500 tahun sejarah Amerika, anda juga boleh menaiki beberapa permainan yang menjadi trend anak muda Amerika suatu ketika dahulu; muzik yang kuat dan mengujakan seperti Let’s Twist, Double Rock Spin dan Columbus Adventures.
3. Negeri Magis (Magic Land)
Magic Land merupakan tempat yang wajib dikunjungi untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Penuh dengan tema fantasi dan dongeng kanak-kanak, bukan sahaja boleh menggamit memori anda sewaktu kecil tetapi membina memori alam fantasi untuk anak-anak anda!

Menjadikan dongeng Aesop dan ciri kampung Aesop (Aesop’s Village), pengunjung bukan sahaja boleh bertemu dengan watak-watak tersebut tetapi juga menaiki beberapa permainan, antaranya Racing Coaster yang dibina berdasarkan kisah perlumbaan antara kura-kura dan arnab!

4. Pengembaraan Di Eropah (European Adventure)
Anda teringin untuk melancong ke Eropah, tetapi tidak mampu? Jangan risau. Di zon ini anda boleh mengunjungi tempat-tempat yang mempunyai landskap yang sangat mempersonakan dan menjadikan ia sebagai latar belakang foto anda.

Alami sendiri pemandangan kebun bunga bermusim, seni bina yang mempunyai ciri Belanda, menaiki T-Ekspres dan rumah berpusing! T-Ekspres ini memang sesuai jika anda seorang yang gemarkan cabaran; rasai angin kuat yang menampar muka bila kenderaan ini turun dari sudut 77 darjah dengan kelajuan 104 kilometer per jam! Memang thrill!
5. Zootopia
Apabila anda melangkah ke zon Zootopia, anda seolah-oleh berada dalam syurga haiwan yang penuh misteri. Anda bukan sahaja dapat membelai haiwan peliharaan dan menyaksikan pertunjukan haiwan tetapi menaiki kereta safari untuk melihat habitat haiwan liar secara dekat!
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawat Amazon Express yang menjanjikan keseronokan di dalam hutan dengan permainan di sepanjang 580 meter kawasan air! Tempahan tiket untuk setiap permainan boleh dibuat secara atas talian tanpa perlu beratur panjang! Jimatkan masa anda bukan?

Banyak lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan apabila datang ke Everland, Korea Selatan ini. Risau harga tiket mahal? Jangan risau, Klook ada menawarkan harga tiket mampu milik untuk semua dengan potongan sehingga RM92!
Banyak pakej menarik yang disediakan dengan harga tiket promosi tersebut. Apa tunggu lagi, jadilah pelanggan yang bijak dan cepat rebut peluang ini sebelum ianya tamat tempoh!
Sumber: Klook