
Kuala Lumpur menduduki tempat keenam bandar terbaik dunia untuk kategori ekspatriat, yang didedahkan Expat City Ranking 2018. Kajian ini dijalankan oleh InterNations iaitu komuniti ekspatriat terbesar di dunia yang mempunyai 18,000 ahli.

Tinjaun itu merangkumi 72 senarai bandar utama berdasarkan beberapa faktor yang berkaitan dengan kualiti tempat tinggal ekspatriat, keseimbangan tempat kerja dan kemudahan yang diberikan untuk menyelesaikan masalah serta kos sara hidup.
Ibu negara Malaysia menduduki tempat keenam untuk penginapan yang paling berpatutan dan juga dinobatkan sebagai bandar yang mudah untuk mencari kawasan perumahan. Rekod menunjukkan 86 peratus responden setuju mencari perumahan di Kuala Lumpur mudah berbanding purata global yang hanya mendapat 52 peratus.
Manakala, ibu negara ini juga menduduki tempat keempat untuk kemudahan mendapatkan penyelesaian iaitu sebanyak 67 peratus responden setuju mengatakan mudah mendapat kenalan di bandar ini berbanding purata global sebanyak 46 peratus.
Rekod yang membanggakan, 88 peratus ekspatriat mengatakan berada di bandar pesat Malaysia ini tidak begitu merumitkan kerana sebahagian rakyat Malaysia boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kenyataan ini disokong responden berdasarkan sikap peramah dan mudah mesra penduduk tempatan serta ringan tulang jika meminta bantuan.

Berikut merupakan senarai 10 bandar yang dikuasai Asia, manakala senarai 10 ke bawah dimonopoli bandar-bandar pesat di benua Eropah.
10 bandar terbaik dunia
1. Taipei, Taiwan
2. Singapore
3. Manama, Bahrain
4. Ho Chi Minh City, Vietnam
5. Bangkok, Thailand
6. Kuala Lumpur, Malaysia
7. Aachen, Germany
8. Prague, Czech Republic
9. Madrid, Spain
10. Muscat, Oman
10 bandar paling teruk
1. Riyadh, Saudi Arabia
2. Jeddah, Saudi Arabia
3. Rome, Italy
4. Stockholm, Sweden
5. London, United Kingdom
6. Paris, France
7. Dublin, Ireland
8. Stuttgart, Germany
9. Johannesburg, South Africa
10. Milan, Italy
Sumber: New Straits Times