Jom Atasi Masalah Kulit Kering Semasa Percutian Musim Sejuk

Anda pernah alami masalah kulit ketika bercuti terutamanya ketika musim sejuk? Suhu yang rendah menghilangkan kelembapan kulit sehinggakan boleh mengakibatkan kegatalan dan kulit menjadi lebih kering.

Wanita dan kecantikan, memang tidak boleh dipisahkan. Banyak produk penjagaan kesihatan kulit di pasaran dijual dalam saiz yang besar dan perkara ini menyukarkan terutama ketika mengembara; susah disimpan kerana ketiadaan ruang.

Agak leceh pula untuk memindahkan isi setiap produk ke dalam bekas kecil yang ada dijual di kedai DIY, kan? Dengan keterbatasan masa dalam jadual harian yang sibuk menyebabkan golongan wanita akhirnya bawa sahaja produk yang mereka beli walaupun saiznya besar ketika mengembara.

SOTHYS PARIS
Sumber: Vogue

Natijahnya, beg menjadi berat dan penuh dengan produk menjaga kesihatan kulit sahaja! Iyalah, mahu ditinggalkan nanti kulit menjadi rosak, kering atau pun berminyak. Mana cantik kalau mahu bergambar sakan! Lebih-lebih lagi malu kalau gambar yang dimuat naik ditegur rakan hanya disebabkan kondisi kulit yang tidak segar!

Oleh itu Sothys Paris, jenama yang terkenal di Malaysia ada menyediakan jalan keluar bagi permasalahan yang sentiasa dihadapi oleh golongan wanita setiap kali mereka pergi mengembara. Set minyak beraroma (essential oil) yang diberi nama Ampoules On The Go ini adalah produk wajib yang perlu ada untuk setiap wanita yang gemar mengembara tidak kiralah untuk urusan percutian atau pun kerjaya!

Dengan 4 jenis pilihan iaitu pelembap, pencerah, memberi oksigen dan anti-penuaan anda boleh pilih set mana yang anda mahukan mengikut keperluan kulit anda. Setiap set yang berharga RM195 ini diberikan 7 botol minyak aroma berkuantiti 1.5ml dan sesuai untuk semua jenis kulit!

Saiz yang kecil dan comel ini direka khas untuk memudahkan pengembaraan anda; boleh diselitkan di poket baju, seluar, beg mahupun dompet! Minyak beraroma ini bukanlah produk penjagaan yang asing lagi dalam dunia kecantikan terkenal dengan fungsinya membantu dalam menjaga kesihatan kulit.

Hanya perlukan satu botol sahaja untuk menyerlahkan lagi kecantikan anda! Set Essential Ampoules bantu anda untuk abadikan gambar percutian dengan raut wajah yang lebih segar dan sihat!

Sumber: Sothys Paris