
Seorang pengembara dan juga penulis blog mendakwa menjadi mangsa buli apabila mengkritik perkhidmatan yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines (MAS) di laman Instagramnya pada 29 September 2018. John Cahill yang aktif berkongsi maklum balas dan tip di Instagram dan blog Go Travel Your Way pernah memenangi beberapa anugerah antaranya ialah Airline Blog/Youtuber pada 2018.

Mendakwa penerbangan daripada Malaysia ke London dengan MAS Airlines adalah yang terburuk dalam hidupnya, John menyampaikan kritikan dan ketidak selesaan dihadapi beliau dalam video di Youtube yang berdurasi selama 20 minit. Bermula daripada sambutan krew kabin di pintu pesawat yang tidak mesra dan tiada senyuman sehinggalah kepada dulang makanan yang dikatakan kotor dan ‘melekit’.
John yang akhirnya memutuskan untuk melepaskan ‘keraguannya’ di laman Instagram telah membeli perkhidmatan internet dalam penerbangan dan turut menyentuh mengenai sistem hiburan (in-flight entertainment/ IFE) yang tidak berfungsi.
https://www.instagram.com/p/BoGNmi-HPhx/?utm_source=ig_embed
Tidak lama kemudian, beliau didatangi oleh seorang lelaki yang bertanggungjawab bagi Kelas Ekonomi yang menyoalnya tanpa henti sehingga ‘hampir menjerit’. Selepas daripada kejadian tersebut, krew kabin tidak mengendahkan beliau; tidak memberi air atau minuman.
Menyifatkan kejadian tersebut adalah sangat tidak profesional dilakukan kepada pelanggan yang tidak bersalah dan membayar perkhidmatan, lelaki tersebut juga tidak mahu menyajikan makan malam sehingga beliau menghentikan rakaman video. Kejadian ini menyebabkan beliau berasa terhina kerana krew syarikat penerbangan tersebut tidak bersikap seperti slogan mereka,’Hospitaliti Malaysia Bermula Dengan Kami‘.
Menerima permohonan maaf daripada pengurus stesen syarikat MAS setelah sampai di London, John memberitahu penerbangannya selama 14 jam adalah ‘mengarut’!
Pihak MAS perlu mengambil serius kritikan ini supaya kejadian yang sama tidak akan berlaku di masa akan datang. Sekiranya pelanggan sudah ragu untuk menggunakan khidmat syarikat MAS sebagai pengangkutan udara, pastinya yang rugi nanti MAS bukan?
Sumber: The Sun