
Sempena jualan Black Friday yang berlangsung pada hari ini, 23 November, Expedia Malaysia menawarkan promosi hebat hampir lima kali penawaran berbanding tahun lepas! Maka, bulan November ini adalah masa untuk anda mendapatkan trip impian dengan bajet yang berpatutan.

Bukan sahaja tawaran diberikan sempena Black Friday, tawaran hebat sempena Cyber Monday iaitu pada 26 November juga turut diberikan jadi inilah peluang keemasan untuk anda rancang trip dengan bajet yang lagi murah!
Tawaran hebat untuk kali ini, Expedia mempromosikan tempahan hotel terpilih dan harga tiket penerbangan serta pakej hotel yang tidak sama dengan hari-hari biasa.
Pakej hotel
1. Menerima tawaran tempahan hotel sehingga 8% diskaun di hotel terpilih pada 23 November bermula 9 pagi hingga 26 November.
2. Menerima kupon sebanyak 50% diskaun di hotel terpilih hanya pada 23 Novmeber sahaja. Tawaran ini sangat terhad, jadi siapa cepat dia dapat!
3. Usah risau jika anda tidak berjaya mendapatkan kupon 50% kerana Expedia masih menawarkan 30% diskaun pada 26 November.
Pakej penerbangan dan hotel
1. Menerima tawaran pakej terpilih sebanyak RM2000 dengan membelanjakan sebanyak RM4000 pada 23 November.
2. Pada jualan Cyber Monday, anda boleh menerima tawaran sehingga RM400 mengikut pakej terpilih dengan perbelanjaan minimum RM4000.
Apa tunggu lagi, cepat-cepat pilih penerbangan dan pakej hotel idaman yang ditawarkan Expedia dan letakkan di ruangan “My List” kerana jualan ini sangat terhad!
Tahukan anda, bulan Januari dan Februari adalah bulan penerbangan paling murah sepanjang tahun. Apa yang anda perlu buat, muat turun aplikasi Expedia dan beli pakej yang diberikan sehingga menjadi ahli Expedia Rewards untuk mengakses masuk sebagai “members only” dan gandakan Expedia Rewards pada semua tempahan anda.

Bagaimana mahu mendapatkan tawaran hebat ini dengan pantas?
1. Tahu Tarikh Trip
Semua tarikh perjalanan ada di laman Expedia. Expedia mengesyorkan anda mengunci tarikh percutian anda sehingga promosi diberikan dan anda boleh menempah tiket dengan segera pada hari promosi tersebut.
2. Rancang Percutian
Apabila sudah merancang percutian anda, senarai pendekkan penerbangan pilihan atau pakej hotel pada ruangan “My List”. Oleh sebab tidak semua hotel dan penerbangan ada tawaran ini, Expedia menyarankan anda untuk memilih beberapa pilihan dan anda boleh merebut tawaran senarai pilihan sebelum tamat tempoh.
3. Pilih Hotel Yang Berdekatan
Anda perlu pertimbangkan pemilihan hotel lebih-lebih lagi apabila bercuti di bandar-bandar pesat seperti London, Tokyo dan Paris kerana hotel-hotel di sana sering menawarkan harga menarik pada hujung minggu.
4. Muat Turun Aplikasi Expedia
Anda akan dapat lagi banyak tawaran hebat jika muat turun aplikasi Expedia. Apa yang lagi menarik, anda boleh menebus kupon 50% diskaun untuk hotel yang mana anda dapat jimatkan lagi perbelanjaan percutian!
5. Perbanyakkan Lagi Simpanan
Jika tawaran ini tidak mencukupi, anda boleh mengkases untuk melihat tawaran hebat yang lain dengan menempah pakej yang diberikan atau gunakan Expedia Add-On yang mana anda akan mendapat diskaun sebanyak 58% untuk hotel selepas menempah tiket penerbangan atau pakej hotel.
Tawaran ini setahun sekali sahaja, jadi apa tunggu lagi log masuk ke www.expedia.com.my/addonadvantage untuk maklumat lanjut.
Selamat membeli-belah!