Bahan api fosil terbentuk daripada proses-proses semula jadi mengandungi kandungan karbon yang tinggi. Pembakaran bahan api fosil telah menyebabkan kenaikan kandungan gas karbon dioksida akan menyumbang kepada pemanasan global dan ketidak seimbangan suhu permukaan bumi.
Oleh itu, syarikat kapal persiaran di norway mengambil inisiatif dengan menggunakan ikan mati sebagai bahan api untuk kapal bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sisa ikan mati ini akan dicampurkan dengan sisa bahan organik yang lain untuk menghasilkan biogas.
Biogas merupakan campuran gas berbeza yang dihasilkan oleh pecahan bahan organik jika ketiadaan oksigen. Salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui, biogas dihasilkan daripada beberapa bahan mentah antaranya ialah sisa pertanian, kotoran, sisa perbandaran dan sisa makanan.
Bagaimana ikan boleh menjadi bahan api? Lihat paparan video di bawah.
Apabila pihak lain memandang sisa ikan mati sebagai satu isu atau masalah, syarikat perkapalan Hurtigruten melihatnya sebagai salah satu sumber dan penyelesaian kepada masalah lain. Bakal menjadi syarikat kapal persiaran pertama yang menggerakkan kapal dengan menggunakan bahan bakar bukan daripada bahan api fosil, Hurtigruten menjangkakan kapal ini akan siap dibina pada akhir tahun 2019.
Hurtigruten menyasarkan 6 daripada 17 buah kapalnya beroperasi dengan tidak menggunakan bahan api fosil, sebaliknya menggunakan gabungan bahan bakar yang paling ‘bersih’ seperti biogas, bateri dan gas asli cecair menjelang tahun 2021. Selain daripada kapal, bas di negara sana turut menggunakan biogas sebagai bahan bakar untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan.
Inisiatif yang dilakukan oleh syarikat ini wajar diberikan pujian kerana mereka peka dengan keadaan pemanasan global dan setidaknya dapatlah mengurangkan keadaan cuaca yang semakin panas. Bagaimana pula dengan kita?
Sumber: Harian Metro