4 Lokasi Kedai Nasi Ayam Hainan ‘Power’

Nasi Ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia dan Singapura. Nasi ini dinamakan sempena nama suku Hainan di kawasan Nanyang, China menggabungkan unsur makanan Hainan, Korea dan Kantonis yang disesuaikan dengan citarasa orang Asia Tenggara.

Seluruh daging ayam yang direbus dalam pati tulang ayam atau babi (di kedai tidak halal) mengikut kaedah masak tradisional Hainan. Dihidangkan bersama variasi sos, bagi kawasan Malaysia dan Singapura yang terkenal adalah cili pedas dicampur bawang putih berserta kicap pekat selain daripada timun dan salad.

Ini antara 4 kedai Nasi Ayam Hainan yang sedap dan murah di kawasan Lembah Klang.

1. Nasi Ayam Hainan Chee Meng

Jangan melihat pada nama! Kedai Nasi Ayam Hainan yang masih menggunakan resepi yang sama sejak 1965 merupakan restoran yang disahkan halal oleh Jakim. Kuantiti dan rasa hidangan yang tidak berubah menjadikan kedai ini sangat istimewa dan menjadi tumpuan untuk peminat Nasi Ayam Hainan datang menikmati menu kegemaran mereka.

Nasi Ayam Hainan

1

2. Simple Famous Chicken Rice

Walaupun diuruskan oleh pasangan suami isteri berbangsa Cina, restoran ini memang menyediakan hidangan Nasi Ayam Hainan yang asli dan halal yang dibuat mengikut resepi turun temurun! Mementingkan kualiti dan kebersihan makanan, restoran ini mahu semua rakyat Malaysia menikmati hidangan di sini tanpa rasa ragu!

Tutup pada jam 6 petang, restoran ini menyediakan hidangan nasi yang besar dengan harga sekitar RM 8 sahaja! Memang berbaloi jika anda memang jenis yang ‘kuat makan’!

Nasi Ayam Hainan

1

3. Nasi Ayam Hailam Damansara

Banyak mendapat maklum balas positif daripada pengunjung yang datang, gerai ini memang wajib dikunjungi oleh anda. Mengikut resepi Nasi Ayam Hainan yang asli, hidangan ini halal dan murah (RM8 sepinggan) selain daripada boleh memilih jenis ayam yang anda mahukan; ayam panggang, ayam rebus dan ayam madu! Memang berbaloi-baloi!

Nasi Ayam Hainan

4. Restoran Cozy Corner

Bertempat di Ampang Point, Restoran Cozy Corner ini terkenal sebagai restoran yang menyediakan hidangan Nasi Ayam terbaik di Ampang. Walaupun sedikit mahal, hidangan yang disediakan di sini memang dalam saiz yang besar dan berbaloi untuk anda cuba. Pasti bertambah-tambah!

Nasi Ayam Hainan

Jika anda memang ‘hantu’ Nasi Ayam Hainan dan tak pernah mencuba hidangan ini, anda bolehlah ke lokasi-lokasi di atas. Pasti tak boleh lupa!

Sumber: Free Malaysia Today