Rakyat Korea Selatan Yang Tertekan, ‘Bercuti’ Dalam Penjara

Sebut saja penjara, pasti terus terbayang kawasan tahanan penjenayah yang menakutkan. Dengan pengawal keselamatan yang sentiasa berada di setiap laluan menayangkan riak muka serius dan tersisip di pinggang mereka sebatang coti.

Berbeza pula halnya di negara Korea Selatan. Sebuah penjara dibina untuk rakyatnya meluangkan masa di hujung minggu bagi menghilangkan tekanan hidup. Penjara Inside Me menyediakan ruang untuk mereka lari daripada kehidupan seharian yang terlampau memenatkan.

Sentiasa berada dalam suasana persaingan sama ada daripada segi kerjaya atau pendidikan, kadar bunuh diri dalam kalangan rakyat Korea Selatan ini sangat tinggi. Walaupun berada dalam senarai 10 negara yang mencapai kemajuan dalam masa yang singkat, Korea Selatan juga tersenarai antara negara yang paling tidak gembira.

Penjara Korea Selatan

Penjara ini bukanlah program pertama yang disediakan membantu rakyat Korea Selatan dalam mengurangkan tekanan hidup. Pengasas bersama penjara ini mendapatkan idea apabila melihat suaminya seorang pendakwa raya yang bekerja tidak kurang daripada 100 jam seminggu.

Memberi setiap pengunjung untuk merasai nikmat kebebasan, mereka akan dipisahkan daripada dunia luar; tiada telefon pintar, bebanan kerja dan masalah-masalah lain. Dibekalkan baju uniform penjara berwarna biru, sekeping tikar yoga, set teh, pen dan buku nota, pengunjung boleh menjalankan aktiviti bermeditasi di sini. Dengan bayaran tertentu, pengunjung akan dibekalkan dengan menu makanan seperti kentang rebus dan bubur.

Sentiasa dihidangkan dengan tayangan drama Korea yang memaparkan keindahan kehidupan di sana, sebenarnya terselit juga sisi gelap dalam kehidupan yang terpaksa dilalui oleh semua rakyat Korea Selatan. Buat anda yang berhasrat ke Korea Selatan, bolehlah mencuba untuk merasai makna kebebasan di dalam Penjara Inside Me ini.

Sumber: Express Photo