Andai ada yang merancang untuk ke Jepun dalam masa terdekat atau akan datang dan ingin menjadikan Universal Studio Japan (USJ) sebagai salah satu destinasi pilihan, saya ada sedikit tip untuk anda.
Semoga dapat membantu.
1. Tiket masuk boleh dibeli daripada HIS Malaysia/ Klook/ walk-in
Beli tiket siap-siap dari Malaysia. Tapi kalau rasa larat untuk beratur lama boleh sahaja beli secara walk-in
2. Sila datang awal
Pintu masuk USJ akan dibuka jam 9 pagi. Jadi kalau boleh datang awal sedikit. Kalau lambat kemungkinan anda kena beratur panjang. Jadi, plan your time wisely.
3. Elakkan pergi pada cuti persekolahan Jepun/ hari minggu
Waktu terbaik adalah pada hari biasa. Macam saya, masuk hari Selasa. Jadi orang tidak ramai, rezeki. Haha.
4. Sediakan makanan sendiri
Disebabkan di dalam susah untuk dapatkan makanan halal, prepair your meals. Bole sahaja untuk bawa makanan masuk, tiada masalah. Janji jangan buat sepah.
5. Pilih single ride line
Setiap ride akan ada tempoh masa menunggu. Kalau mahu yang cepat sedikit boleh ambil single ride line. Jika ada lebihan bajet, boleh beli express pass. Tepuk dada tanya poket. Hehe.
6. Tahap kesihatan yang memuaskan
Pastikan tahap kesihatan anda berada di tahap yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
7. Recomended place to go 1st:
a. The Wizarding Place of Harry Potter
b. The Flying Dinosur
c. The Jurassic Park ride
d. Jaws
e. Minions
Pilihan saya – The Flying Dinasour = ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
*ada beberapa tempat yang saya tak masuk
Contoh: Spiderman dan Terminator sebab letih sangat. Jadi tidak boleh nak bagi rate. Haha. Mainlah segala ride dekat dalam sampai puas.
8. Bawa duit banyak
Bawa duit banyak sikit ya. Sebab dekat dalam boleh shopping macam-macam.
9. Tunggu sehingga USJ tutup
Kalau masih bertenaga, anda boleh tunggu sehingga USJ tutup. Kebiasaannya akan ada night parade.
10. Pakai baju yang bersesuaian
Untuk wanita bertudung, sebelum naik ride macam The flying dinosur, pekerja USJ akn klipkan tudung anda untuk mengelakkan tercabut. So dont worry.
11. Gali semula watak kanak-kanak dalam diri anda
Berseronoklah kerana waktu kanak-kanak itu lebih indah.
Sekian. Berbaloi untuk pergi ke USJ ini kalau dah alang-alang ke Jepun.
* Artikel ini disiarkan dengan izin Syafiq Supaat. Anda boleh ikuti beliau di laman Facebook milik peribadinya di sini. Untuk makluman, artikel ini telah diubah suai mengikut format penulisan di MakanLena.