Zaman teknologi yang serba moden dan canggih ini, semuanya mahu ditularkan. Sudah menjadi trend agaknya, sehingga semua orang seakan-akan ber’lumba’ mahu hantaran mereka di media sosial dikongsikan oleh ramai orang.
Apabila perkara yang tidak benar pun mahu dikongsikan di laman sosial, dua orang lelaki menerima padah menjadi mangsa kecaman netizen. Hantaran gambar di laman Twitter milik seorang gadis memaparkan beberapa penumpang LRT yang ralit bermain telefon tanpa menghiraukan seorang wanita mengandung berdiri di tepi mereka.
Berang dengan kenyataan individu pemilik Twitter tersebut, seorang lelaki dalam gambar terbabit tampil menjelaskan perkara sebenar. Beliau menyatakan bahawa kehadiran wanita mengandung itu tidak disedari oleh mereka.
Sumpah Demi Allah Kami x perasan preggy woman tu. Kalau Kami perasan dah lama Kami offer preggy woman tu utk duduk. Gambar tersebut telah diambil dan dijadikan bahan viral. ~Sesungguhnya Allah mana mengetahui.~ Yg benar, one of the boys in that photo. https://t.co/FlAWWWd11K
— feerdaus (@ismi_firdauss) November 30, 2018
Namun setelah ditegur oleh beberapa penumpang lain, mereka terus bangun dan menawarkan tempat duduk kepada wanita terbabit. Mendakwa kesal dengan sikap gadis yang menularkan perkara yang tidak benar tersebut, beliau akui banyak menerima kecaman dan teguran termasuklah daripada mereka yang mengenalinya.
Turut mendapat perhatian YB Nurul Izzah Anwar, gadis tersebut menyatakan sekadar mahu berkongsi dengan pengikutnya di laman Twitter tetapi tidak sangka perkara ini akan menjadi tular. Menginginkan permohonan maaf secara terbuka, beliau mengakui kejadian tersebut memberikan kesan mendalam kepada dirinya.
It's not true yb. The woman who took this photo is actually seek for attention n for viral purpose.Gmbr tersbut telah diambil secara kbtulannya nmpk yg Kami tidak bertolak ansur terhadap preggy woman tu.But actually it's not like that.We finally offered the seat when we realized. https://t.co/jCpHVcj21g
— feerdaus (@ismi_firdauss) December 1, 2018
Gadis yang menularkan gambar terbabit, turut menjelaskan perkara tersebut di laman Twitter beliau.
@ismi_firdauss @n_izzah salam to all malaysians, regarding the viral image i posted recently on twitter last thursday, i am deeply apologize to all the people that i have offended and
— Cygnini (@cygnini101) December 2, 2018
Alaa simple story, lepas dua station baru lelaki offer tuh offer only after i shouted that lady is pregnant. After i post gambar tuh. Diorg semua keyboard warrior. Of course nak bgtau yg kwn diorg tuh baik ahli syurga.
— Cygnini (@cygnini101) December 2, 2018
Kesimpulannya, janganlah bertindak melulu dalam menyebarkan sesuatu perkara di laman sosial. Dengan ‘kuasa’ kongsi dan suka di zaman teknologi serba maju ini banyak buruk daripada baiknya.
Oleh itu, selepas ini marilah kita menjadi manusia yang lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Sumber: