Coffee Bean & Tea Leaf termasuk dalam senarai jenama kopi yang terkenal di Malaysia. Menggunakan gred kopi dan daun yang terbaik dari Colombia Selatan sehinggalah ke ladang Sri Lanka, Coffee Bean & Tea Leaf bukan hanya menyajikan menu-menu minuman tetapi juga merangkumi hidangan roti segar yang dibakar sesuai dengan selera pelanggan.
BACA: Makan Buffet Secara Percuma Di Serena Brasserie, Intercontinental KL
Pada musim cuti sekolah dan Krismas Disember ini, Coffee Bean & Tea Leaf telah memperkenalkan 6 menu minuman terbaru mereka sempena kempen ‘This Holiday, Our Home is Your Home‘. Menu minuman yang disediakan khas untuk kempen ini memang menarik dan berbeza dari hidangan kopi biasa anda.
1. Double Chocolate Peppermint Ice Blended
Gabungan seimbang coklat berganda dan daun pudina ditambah pula dengan krim putar (whipped cream) yang berlemak pastinya akan menghasilkan rasa berangin sempurna di setiap sedutan.
2. Double Chocolate Peppermint Latte & Cocoa
Kuantiti gabungan rasa coklat, kopi dan pudina dalam menu ini lebih berganda. Sesuai untuk anda yang memang sukakan rasa kopi yang pekat melikat berserta buih yang terhasil di atas permukaan kopi.
3. Midnight Cookies & Cream Ice Blended
Jika anda sukakan biskut di dalam hidangan kopi, Midnight Cookies & Cream Ice Blended memang pilihan yang tepat.
4. Peppermint Nitro Latte
Menu Peppermint Nitro Latte menyediakan gabungan penyediaan kopi yang kaya dengan nitro sejuk, sedikit susu untuk menambahkan rasa berlemak serta daun pudina bagi meningkatkan rasa segar dalam hidangan minuman ini.
5. Red Velvet Cocoa
Coffee Bean & Tea Leaf kini kembali dengan menu pilihan ramai orang, iaitu Red Velvet Cocoa yang sempurna imbangan kandungan coklat berkrim dan manis dihiasi dengan permukaan buih yang berlemak. Warna hidangan merah jambu ini sekali pandang memang boleh jatuh hati.
6. Red Velvet Ice Blended
Mempunyai kandungan yang sama dengan hidangan Red Velvet Cocoa, hidangan ini disajikan dengan cara yang berbeza. Ais yang dikisar bersama kandungan ditambah pula dengan timbunan krim putar memang berbaloi untuk dinikmati.
Tak rasa terliur bila tengok menu baru Coffee Bean & Tea Leaf ni? Kalau dah terliur, cepat-cepat la pergi ke cawangan Coffee Bean & Tea Leaf yang berdekatan anda.