Frenzt, Perkhidmatan Seru Pandu Baharu Yang Dipercayai

Satu lagi perkhidmatan baharu yang sudah dilancarkan di Malaysia, Frenzt menawarkan manfaat berbeza daripada perkhidmatan seru pandu yang lain kepada pemandu dan penumpang. Frenzt dikendalikan di bawah syarikat Wekaotim Sdn Bhd telah beroperasi sejak Julai 2018.

Frenzt seru pandu baharu
Sumber: Majalah Labur

Aplikasi Frenzt dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan untuk mengurangkan risiko dan jenayah penyalahgunaan aplikasi dalam kalangan individu sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa.

Apa yang membezakan Frenzt dengan perkhidmatan seru pandu lain ialah penumpang dan pemandu ditawarkan komisen dua peratus dengan menggunakan kod rujukan yang diberikan. Penumpang juga wajib menyertakan nombor kad pengenalan atau pasport serta alamat e-mel selain nombor telefon untuk memastikan keselamatan terjamin.

Menariknya, aplikasi ini membolehkan penumpang memilih pemandu lelaki atau wanita dan mendapatkan khidmat pemandu yang sama jika penumpang selesa. Jadi penumpang wanita tidak perlu risau lagi untuk menggunakan perkhidmatan seru pandu jika berseorangan.

Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial Twitter ini mendapat perhatian dan respon daripada pengguna lain.

Salah seorang pemandu Frenzt cakap tambang ke KLIA lagi murah jika menggunakan Frenzt!

Katanya tambang lebih kurang sama dengan Grab.

Perkhidmatan Frenzt kini aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Selain berkongsi keuntungan bersama, Frenzt menitikberatkan soal kesela­matan pemandu dan penum­pang.

Jika sesiapa yang mahu cuba menggunakan perkhidmatan seru pandu Frenzt, bolehlah ke pautan yang kami sertakan di sini untuk pengguna Android dan iOS.