Pernah tak dah makan tapi masih lagi rasa lapar? Kadang sampai tak sedar yang sebenarnya kita dah terlebih makan. Macam-macam dah makanan yang dikunyah tapi tak kenyang-kenyang.
Pelik bukan? Melainkan kalau anda seorang ibu yang menyusukan bayi, perkara ini memang biasa. Tapi bagaimana pula dengan yang bukan dalam kategori tersebut?
BACA: Makan Buffet Secara Percuma Di Serena Brasserie, Intercontinental KL
1. Protein yang tidak mencukupi
Protein merupakan struktur makanan utama yang penting untuk menghasilkan enzim untuk tubuh badan berfungsi dengan baik. Protein juga penting dalam penghasilan neurontransmitter yang mempengaruhi otak dan tubuh selain daripada salah satu kandungan yang diperlukan oleh sistem imun badan.
Trick nak cukupkan kadar protein dalam badan? Senang sahaja. Gantikan tabiat makan biskut kering anda dengan tambahan satu lapis keju di atasnya. Untuk buah pula, anda boleh celupkan dengan mentega kacang beserta hirisan keju yang membekalkan kandungan protein, lemak berkhasiat dan serat.
2. Kekurangan serat
Kekurangan serat menyebabkan anda akan mengidam untuk makan snek-snek yang tidak sihat seperti makanan ringan yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak. Kekurangan serat pada makanan yang diambil akan melalui saluran pencernaan dengan cepat dan menyebabkan anda cepat merasa lapar.

3. Jarak tempoh makan yang jauh
Jika anda berasa lapar, perut akan menghantar signal sebagai isyarat ianya perlu diisi. Daripada berpegang pada prinsip makan 3 kali sekali, kenapa tidak anda ubah kepada konsep small snack setiap 3 atau 4 jam sekali.
4. Kurang tidur
Pastikan waktu tidur anda cukup 7 jam agar keinginan makan anda dapat dikawal. Kurang tidur yang juga menjadi punca utama penyakit obesiti ini perlulah dibetulkan semula agar tabiat makan anda kembali normal.
5. Alami tekanan kronik
Ini memang selalu berlaku pada diri kita. Bila stress je mulalah nak makan macam-macam.Tapi bila dah makan macam tak kenyang-kenyang pula. Jadi untuk kurangkan rasa lapar walaupun sudah makan, anda disarankan agar cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan yang dialami.
Selepas ini, jika anda masih lagi rasa lapar walaupun sudah makan bolehlah cuba untuk mengamalkan perkara-perkara di atas. Pasti berkesan. Wang dapat jimat, badan pun makin sihat.
Sumber: Woman’s Day