Berhati-hati ketika menggunakan aplikasi booking.com atau apa-apa aplikasi atas talian. Semalam saya guna aplikasi booking.com untuk menempah bilik hotel.


Masa isi maklumat untuk menempah bilik hotel itu, ada tulis bayaran dibuat masa daftar masuk ke hotel. Jadi maklumat itu minta nombor kad debit atau kad kredit untuk sahkan tempahan.
Saya pun isi la seperti biasa sebab sudah beberapa kali juga menggunakan booking.com. Sebelum ini tiada apa-apa masalah.
Tempahan berjaya dibuat pada jam 9.40 malam. Kemudian saya terima sms pada jam 11.29 malam dari Maybank memberitahu yang saya ada buat pembelian menggunakan kad Maybank saya.
Dua kali pula tu. Pertama bernilai USD80 dan kedua Euro105.50 tanpa menerima apa-apa sms berkenaan nombor TAC atau kod MSOS sebelum itu. Saya cuma terima sms yang transaksi tersebut telah berjaya.

Saya cepat-cepat buat panggilan ke pusat Maybank untuk membuat laporan dan batalkan kad debit saya.
Ya Allah, banyak tu RM800++. Yuran sekolah abang Khalish 4bulan. waaaaaaaaaa!
Maybank cakap ambil masa dalam 60 hari untuk mereka buat siasatan. Tetapi tu pun tidak dijamin duit itu dapat balik atau tidak. Duit bukan dipotong daripada booking.com tetapi daripada store luar negara. Tetapi butiran pembayaran saya buat di booking.com, jadi tidak selamat.
Jadi sama-samalah kita berhati-hati setiap kali buat apa-apa urusniaga secara atas talian. Sebelum ini, selalu juga guna aplikasi ini untuk menempah hotel.
Tiada juga apa-apa masalah. Sudah ditakdirkan saya terima ujian ini. Hanya mampu berdoa supaya duit tu dapat balik.
UPDATE TERKINI MENGENAI KES BOOKING.COM
Bahagian 1
Saya sudah buat laporan dengan Maybank melalui panggilan malam itu juga. Dan sudah pergi Maybank keesokan harinya.
Sudah e-mel booking.com juga. Kemudian saya buat laporan dengan booking.com sekali lagi. Agak susah juga mahu tembus ke pengendalinya tadi. Kemudian mereka kata dalam masa seminggu mereka terima banyak aduan yang sama.
Tempah guna kad debit, kemudian duit dalam bank kena potong dari laman sesawang lain. Jumlah pun sama USD80 dan EUR105.50. Saya nasihatkan buat masa ini jangan pakai aplikasi atau buka di laman itu untuk keselamatan bersama.
Bahagian 2
Alhamdulillah, dapat e-mel dari pihak booking.com tadi. Walaupun belum dapat balik duitnya tapi sekurangnya dapat maklum balas dari pihak mereka. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki kami.

* Artikel ini disiarkan dengan izin daripada Ukay Sukaynnah. Untuk makluman, artikel ini telah diubah suai mengikut format penulisan di MakanLena.