Seorang ibu, Traci Redford bengang dengan petugas pintu masuk Southwest Airlines kerana dikatakan menghina nama anaknya yang menggunakan turutan 5 huruf iaitu ABCDE. Mereka yang dalam perjalanan pulang ke El Paso, Texas terbang dari Lapangan Terbang John Wayne di California.
ABCDE yang disebut sebagai ‘ab-city’ merupakan seorang pesakit epilepsi (sawan) diberikan keutamaan berlepas namun semasa Traci menyerahkan pasport dan pas masuk kepada petugas pintu, mereka mula ketawa dan menunjuk ke arahnya.
Traci menegur sikap petugas berkenaan dan menyuruh mereka berhenti. Namun ada di antara mereka yang mula mengambil gambar pas masuk anaknya dan menyiarkan di media sosial. Akui peristiwa tersebut menyebabkan ABCDE sedih, Traci kemudiannya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak pengurusan syarikat penerbangan Southwest Airlines.
Name shaming? This Texas woman claims a @SouthwestAir agent made fun of her 5-year-old daughter's name as they were preparing to board their flight at @JohnWayneAir in Orange County.
Her daughter's name is Abcde (pronounced Ab-city). @ABC7 pic.twitter.com/iHpBPoakYI
— Veronica Miracle (@ABC7Veronica) November 28, 2018
Walaupun sudah menerima permohonan maaf daripada Southwest Airlines, perbuatan tidak bermoral petugas tersebut telah mencalarkan imej syarikat yang seakan tidak menghormati setiap pelanggan mereka. Maklumat data daripada Pentadbiran Keselamatan Sosial mendapati seramai 328 orang bayi di Amerika Syarikat dinamakan sebagai ABCDE dan kesemuanya berjantina perempuan.
Tindakan Traci menamakan anak perempuannya sebagai ABCDE telah mengundang kecaman di Twitter. Ramai yang bersimpati dengan nasib ABCDE kerana ditertawakan atas sebab kesilapan yang berpunca daripada ibunya sendiri.
Mungkin bagi Traci nama tersebut unik buat anaknya tanpa memikirkan kesan terhadap kehidupan ABCDE nanti. Apa-apa pun bagi kami, petugas pintu masuk Southwest Airlines tetap bersalah kerana telah melakukan name shaming terhadap ABCDE sehingga memuat naik perkara tersebut ke media sosial.
Semoga peristiwa ini jadi pengajaran untuk semua supaya tidak meletakkan nama anak secara sesuka hati.
Sumber: 9GAG