SOCAR Malaysia iaitu sebuah syarikat perkongsian kereta gaya multiflex telah memperkenalkan 12 lagi Zon SOCAR dengan kerjasama bersama rangkaian restoran makanan segera terkemuka KFC. Kerjasama ini mempromosikan beberapa ganjaran menarik untuk para pelanggan KFC dan pengguna SOCAR.

Sebagai usaha untuk memperluaskan lagi komuniti multiflex dengan kemudahan penyewaan kereta, pelanggan boleh menikmati satu bucket ayam KFC apabila menggunakan kemudahan ini dari aplikasi SOCAR.
Pelanggan KFC Delivery secara atas talian akan dapat menikmati diskaun SOCAR sepanjang tempoh kempen berlangsung iaitu bermula dari 5 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019. Dengan perbelanjaan minimum sekurang-kurangnya RM 40 (termasuk yuran penghantaran dan cukai perkhidmatan sebanyak 6%) dalam satu transaksi, pelanggan akan dapat menikmati diskaun RM 40 daripada tempahan SOCAR seterusnya (kecuali BMW dan Mini Cooper).
Kerjasama yang dijalinkan ini, 12 lokasi baru iaitu tujuh zon SOCAR akan diperkenalkan di tujuh cawangan KFC terpilih sekitar Kuala Lumpur manakala lima lagi ditempatkan di Johor Bahru. Jika anda menempah SOCAR di 12 lokasi KFC ini, anda akan menikmati 20% daripada kadar biasa tempahan SOCAR.
Di samping itu, KFC dan SOCAR juga menawarkan promosi dua kali ganda untuk pelanggan dengan mengimbas kod QR di 30 cawangan terpilih KFC. Satu kod QR yang diimbas akan mendapat 3 jam percuma untuk mana-mana tempahan kereta (kecuali BMW dan Mini Cooper) dan RM5 e-baucar KFC Dilevery.
Anda boleh mendapatkan senarai cawangan KFC yang mengambil bahagian berserta butiran lanjut promo di sini.
Buat masa sekarang, SOCAR mempunyai lebih daripada 900 kenderaan di 475 zon mereka di Malaysia. Sempena meraikan kejayaan mempunyai 900 kenderaan, SOCAR menawarkan penyewaan kerata berjenama Honda City, Toyota Vios dan Toyota Altis hanya RM9/sejam bermula dari 3 hingga 9 Disember 2018.
Jika anda belum pernah menggunakan perkhidmatan ini, bolehlah muat turun aplikasi SOCAR di Android dan iOS.
BACA: Makan Buffet Secara Percuma Di Serena Brasserie, Intercontinental KL