Hotpot popular sebagai makanan Cina yang dimakan bersama; daging mentah, sayuran dan mi dimasukkan ke dalam ramuan sup. Di Hong Kong, musim sejuk merupakan waktu yang paling sesuai menjadikan menu hotpot sebagai hidangan harian.
Daripada sup biasa air rebusan ayam dan tulang, muncul menu baru untuk kuah hotpot yang dicipta khas untuk peminat hidangan ini. Bermula dengan alkohol, buah avocado, tofu busuk (yang ditapai) dan darah, ada juga kuah yang diperbuat daripada rebusan durian!
Kombinasi aneh ini mendapat kritikan daripada pengkritik makanan popular yang digelar sebagai ‘Tuhan Makanan’, Chua Lam yang mengatakan bahawa perbuatan itu seperti tidak mementingkan kebudayaan.
1. Strokes HK – avocado organik
Diperkenalkan oleh sebuah kelab golf mini permainan dalaman, hotpot ini dipenuhi dengan sayuran, cendawan dan tofu yang kesemuanya direndam dalam cecair hijau pekat dengan ketulan avocado dan secubit garam serta lada. Berharga sekitar HK$108, kuah hijau yang pekat dengan rasa avocado ini tidak mempengaruhi rasa daging dan makanan laut yang dipesan.
2. The Drunken Pot – bahan asas ialah arak
Menggunakan arak sebagai bahan asas, hotpot jenis ini boleh menjadikan pemakannya mabuk. Menawarkan harga yang berbeza bagi jenis arak yang dihidangkan, hidangan hotopot yang paling mahal berharga HK$400 untuk seorang.
3. 8Pots HK – bau yang busuk
Mungkin sukar untuk dipercayai, tetapi set hotpot ini baru sahaja melancarkan perasa baharu iaitu sup krim susu kari. Diberikan nama stinky pot kerana baunya yang ‘busuk’ sampai dahulu kepada pelanggan sebelum terlihatnya hidangan ini. Mencampurkan tofu busuk, darah babi dan kicap, bahan utama dalam penghasilan kuah ini ialah usus babi.
4. Xiao Yu Hotpot Restaurant – organ dalaman
Set hotpot ini memberikan fokus kepada organ dalaman haiwan yang segar. Daripada pundi ikan, hati lembu jantan, kaki itik, omasum lembu, bahagian dalaman babi merupakan yang paling popular dijual seperti uterus, otak, darah dan usus. Tidak berbau kerana telah dicuci dengan sup mala pedas, set hotpot ini hanya boleh dimakan oleh mereka yang kuat otot rahangnya sahaja kerana tekstur lauknya yang kenyal.

5. Spice World – durian dan santan
Separuh daripada durian termasuk kulitnya direndam ke dalam larutan santan yang kemudiannya direbus bersama untuk dijadikan bahan rebusan lauk dan sayuran.
Set hotpot ini berkemungkinan dapat menarik minat ramai rakyat China untuk mencuba, tetapi sejauh mana keenakan rasanya boleh menyebabkan mereka datang untuk mengulang buat kali kedua.
Sumber: South China Morning Post
Kalau China ada set hotpot perasa pelik, di India, ada laluan pendakian yang mendebarkan dan berbahaya!
Kalavantin Durg – Berbahaya dan Mendebarkan
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.