Selain menjaga kecantikan wajah, kelembutan kulit juga perlu dijaga terutama tapak tangan. Melakukan pelbagai kerja dapur menjadikan tapak tangan kita sedikit kasar. Penjagaan rapi perlu di lakukan supaya kulit sentiasa sihat, halus dan lembab.
Gunakan sahaja bahan-bahan semulajadi di mana ianya dapat membantu memberikan kelembutan kepada kulit.
Berikut adalah 6 bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk melembutkan kulit tapak tangan.

1. Garam Bukit
Masukkan garam bukit ke dalam bekas yang berisi air suam. Biarkan seketika hingga garam larut. Kemudian, rendamkan tapak tangan ke dalam air yang telah dicampur garam bukit selama beberapa minit.

2. Limau Nipis
Ambil jus limau nipis dan gosokkan pada seluruh tapak tangan. Lakukan dengan kerap untuk hasil yang sempurna. Selain limau nipis, boleh juga menggunakan gel dari daun lidah buaya.

3. Hampas Kelapa
Selepas digunakan untuk perah santan, jangan dibuang hampas kelapa tadi. Gosokkan hampas kelapa di tapak tangan. Biarkan selama 5-10 minit kemudian baru bilas.

4. Minyak Kelapa
Sapukan minyak kelapa di tapak tangan dan gosokkan secara perlahan-lahan. Biarkan lebih kurang 15 minit dan bilas dengan air sejuk tanpa menggunakan sabun.

5. Madu Dan Gula
Urut tapak tangan secara lembut dengan campuran madu dan gula. Urut selama 5-10 minit. Kemudian bilas dan lap. Campuran madu dan gula bertindak sebagai skrub kepada kulit agar menjadi lembab.

6. Air Basuhan Beras
Simpan air basuhan beras dan rendamkan kedua-dua tapak tangan selama 5 minit. Jangan terus basuh, tunggu sehingga kering kemudian baru bilas.
Sekiranya anda mengetahui bahan-bahan semulajadi selain di atas untuk melembutkan tangan, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’