Merupakan kedai serbaneka yang berasal dari Jepun, Family Mart yang dibuka sejak tahun 2016/2017 sudah mempunyai lebih 50 buah cawangan di Malaysia. Makanan yang paling trending sudah tentulah set oden dan aiskrim yang memang kaw sungguh rasanya.

Sudah hampir 3 tahun pembukaan Family Mart di Malaysia, namun status halal premis berkenaan masih lagi menjadi isu panas yang timbul sehingga ke hari ini.
https://www.facebook.com/SahabatHalal/photos/a.1911302895648742/1911304715648560/?type=3&theater
Sudah 2 tahun status in dimuat naik, masih lagi dalam proses?
Kami di pihak MakanLena cuba menghubungi bahagian pertanyaan Family Mart melalui kiriman emel, namun masih tiada balasan daripada mereka. Carian kami di laman web Halal JAKIM pula mendapati bahawa premis Family Mart tidak tersenarai sebagai syarikat atau restoran yang memegang sijil halal diiktiraf.
Lawatan ke laman rasmi Family Mart juga mendapati bahawa dibahagian komen pada hantaran 6 Disember 2018 ada menjelaskan bahawa premis ini masih lagi dalam proses untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM.
https://www.facebook.com/FamilyMartMY/photos/a.1178131662271531/2014116748673014/?type=3&theater
Walaupun terdapat pengakuan daripada pihak Family Mart bahawa makanan yang dihasilkan di sana adalah halal, sejauh mana konsep halal tersebut dapat dibuktikan?
Sedangkan pemegang sijil halal pun berani menggunakan bahan terlarang untuk dihidangkan kepada pelanggan, apatah lagi yang tidak memegang. Bukan mahu mengkritik atau mengatakan bahawa makanan di Family Mart ini tidak halal, tetapi persoalan yang sama, “sejauh mana kebenaran produk yang dihasilkan Family Mart tersebut halal?”

Mencari yang halal adalah suatu kewajiban kepada semua Muslim supaya badan bersih dari segala kekotoran yang boleh membawa mudarat kepada diri. Bukan hanya dari segi status, konsep halal merupakan satu bidang yang luas; cara penyediaan, proses dan penggunaan barangan.
Lebih baik kita elak daripada makan makanan yang syubhah (ada keraguan) bukan? Kalau benar nak makan pun, carilah makanan yang berada dalam bungkusan dan mempunyai cop tanda halal yang diiktiraf JAKIM.
Kenali 5 makanan jalanan yang terkenal di dunia. Yang penting pastikan status halal makanan sekiranya mahu mencuba ya.
5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.