7 Menu Guna Produk Milo Yang Patut Anda Cuba

Sebagai rakyat Malaysia, minuman susu bercoklat Milo sememangnya satu produk yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita. Minuman yang diperkenal semasa kecil hingga dewasa ini, sememangnya menjadi pilihan kesukaan rakyat Malaysia.

menu guna Milo
Sumber: Shopee Malaysia

Tidak semestinya produk Milo dibuat sebagai minuman, pelbagai menu kreatif yang boleh dibuat untuk kita menikmati Milo dengan lebih bergaya.

1. Roti bakar Milo

menu guna Milo
Sumber: Tokopedia

Menu pantas dan ringkas ini sesuai bagi mereka yang kesuntukan masa pergi bekerja atau ke sekolah untuk bersarapan. Mudah sahaja, selepas roti dibakar, sapukan mentega atau susu pekat dan kemudian tabur sahaja Milo di atasnya.

2. Agar-agar Milo

menu guna Milo
Sumber: Resep Borneo

Dalam banyak agar-agar yang dihasilkan, agar-agar Milo antara yang mudah dan ringkas serta digemari kebanyakan orang. Baik untuk minum petang dan jamuan, agar-agar Milo mudah disediakan ketika anda kehausan idea untuk menyediakan sesuatu yang menarik dan hanya ada Milo dalam pantri.

3. Ais krim Milo

menu guna Milo
Sumber: Youtube

Cuaca panas amat sesuai jika makan pencuci mulut beku seperti ais krim. Selain mendapatkan ais krim Milo di kedai, anda boleh membuat resepi ais krim Milo sendiri di rumah.

4. Ais kepal Milo

menu guna Milo
Sumber: Njajan

Bukan sahaja dapat menyejukkan tekak, manis pekatan bancuhan Milo dimakan bersama ais kepal membuatkan anda ‘brain freeze‘ sekejap. Jangan selalu makan menu ini kerana kandungan gulanya sangat tinggi.

5. Popiah Milo

menu guna Milo
Sumber: Balqis-resepiku

Kurangkan makanan snek yang mengandungi MSG dengan menggantikan snek seperti mini popiah Milo ini. Lazimnya, popiah ialah kuih yang savouri tetapi tidak semestinya kuih tersebut tidak boleh disediakan sebagai popiah manis yang pastinya sedap dimakan dengan aiskrim vanila bersama sedikit parutan lemon dan serbuk kayu manis di atas.

6. Puding roti Milo

menu guna Milo
Sumber: iResepi

Sama seperti agar-agar Milo, puding roti juga antara hidangan pencuci mulut yang popular. Rasa roti yang lemak dilengkapi pula dengan krim kustard yang manis pasti membuatkan apa-apa hidangan yang anda makan terasa lengkap.

Mahu membangkitkan rasa enak lagi, campurkan Milo dengan puding roti pasti habis licin makan.

7. Lempeng Milo

menu guna Milo
Sumber: Tristan Lutze Food

Lempeng atau penkek merupakan satu hidangan yang versatil dan boleh dicampur dengan pelbagai bahan tambahan lain untuk tingkatkan lagi tahap keenakannya. Antara bahan yang enak dicampurkan adalah semestinya Milo.

Milo antara bahan makanan yang sesuai untuk menggantikan serbuk koko dalam bahan masakan. Oleh itu, Milo merupakan pilihan terbaik digunakan jika anda kehabisan serbuk koko di dapur.

Jangan lupa kongsikan kepada kami dengan resepi kreatif anda menggunakan produk Milo!

Sumber: Butter Kicap

 

Mungkin antara makanan yang anda pernah panaskan semula dalam senarai paparan ini? Tonton

6 masakan menjadi racun apabila dipanaskan semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.