Nasi Ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia, Singapura, Thailand dan China. Berbeza dengan nasi ayam biasa, Nasi Ayam Hainan lebih banyak menggunakan kicap dan bawang putih dalam selain daripada cara ayam dimasak.
BACA: 4 Lokasi Kedai Nasi Ayam Hainan ‘Power’
Ayam yang digunakan untuk Nasi Ayam Hainan direbus dan dilumur dengan minyak bijan. Manakala nasi ayam biasa kebiasaannya menggunakan ayam yang dibakar atau digoreng terlebih dahulu.
Susah bukan untuk jumpa kedai yang betul-betul pandai memasak hidangan Nasi Ayam Hainan ini. Tapi kami ada cadangan tempat yang baik punya untuk penggemar Nasi Ayam Hainan ini.
Terletak di Medan Selera Taman Melawati, Nasi Ayam Hainan Singapore di sini memang sedap. Cukup rasa Hainannya, dengan kuah kicap yang membanjiri ayam memang lengkap semuanya.

Jika anda datang pada waktu lunch break memang tidak cukup tempat, penuh dengan pelanggan yang beratur untuk memesan. Tapi jangan risau, pesanan anda memang akan siap dengan cepat kerana pekerja gerai ini menjalankan kerja mereka dengan laju dan efisyen.
Dikategorikan dalam premis makan yang bersih, anda boleh lihat secara live bagaimana pesanan anda disiapkan kerana konsep kedai yang berkonsepkan seperti warung open air.
Dihidangkan bersama sup dan sos cili, dengan harga bermula RM5+ memang anda akan terasa kenyang. Portion ayam yang banyak memang cukup untuk dimakan bersama kuantiti nasi yang dihidangkan.
Kulit ayam yang rangup, sos cili yang memang match dengan rasa kicap buatkan anda rasa tak mahu berhenti mengunyah Nasi Ayam Hainan ini! Memang sesuai sangat menu ini jika anda yang memang selalu terkejar-kejar semasa waktu lunch break.
Lokasi: Nasi Ayam Hainan Singapore, Medan Selera Taman Melawati, Kuala Lumpur
Sukakan alam semula jadi? Jom tengok kawasan semula jadi yang wajib dikunjungi oleh pencinta alam.
5 Tempat Alam Semula Jadi Unik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.