Lambakan homestay yang tidak berdaftar bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Cameron Highlands membuatkan industri hotel di pusat pelancongan terkenal itu berdepan risiko ‘gulung tikar’.
Ia berikutan sejak 5 tahun lalu apabila jumlah bilik hotel berkurangan menyebabkan ramai yang membuka homestay untuk memanfaatkan situasi tersebut. Namun kewujudan homestay yang tidak berdaftar juga tidak adil kepada pengusaha hotel dan apartment kerana tidak dikenakan caj cukai yang mencecah jutaan ringgit setahun.

Salah seorang pengurus hotel dan apartment di Cameron Highlands, Muhammad Syafiq Nair mendakwa jumlah homestay tidak berdaftar di Cameron Highlands mencecah 1,000 unit. Rata-rata hotel berdaftar di kawasan pelancongan itu dikenakan bayaran 6% SST (cukai jualan dan perkhidmatan), sebagai contoh sebulan SST perlu dibayar sebanyak RM192.
Jika diambil kira kepada homestay tidak berdaftar, jumlah cukai yang tidak dibayar kepada kerajaan untuk setahun mencecah sejuta ringgit dan jumlah ini bukanlah sedikit.
Selain kos pengurusan hotel berdaftar yang tinggi, pihak hotel juga perlu membayar lesen kepada Lembaga Pelancongan Malaysai bagi tujuan pengiklanan dan membayar cukai pelancongan kepada pihak kastam.
Jika perkara ini berlarutan, pengurus hotel berkenaan terpaksa menutup hotel jika aktiviti perniagaan di Cameron Highlands semakin merosot akibat homestay tidak berdaftar.
Beliau juga berkata, disebabkan homestay haram mengenakan harga hampir 20% lebih murah daripada hotel berdaftar, pihaknya terpaksa mengadakan promosi harga bilik sehingga 50%. Turut didedahkan, projek rumah kos sederhana yang dibina sekitar Cameron Jaya turut diberi kepada golongan kaya dan membuka peluang kepada pihak tertentu menjadikannya sebagai homestay.
Pengunjung yang mahu bermalam di kawasan pelancongan ini perlu ada rasa tanggungjawab memilih penginapan berdaftar kerana penginapan haram tidak menjamin keselamatan pengguna jika berlaku kemalangan. Ini kerana jika berlaku kemalangan atau meninggal di kawasan penginapan tidak berdaftar, tidak boleh meminta pampasan.
Berdasarkan maklumat, terdapat lebih 80 hotel berdaftar di Cameron Highlands. Jadi, anda sebagai pengunjung perlu membuat keputusan bijak untuk membantu menangani masalah ini dan elakkan bermalam di penginapan yang tidak menjamin keselamatan pengguna jika berlaku kemalangan.
Sumber: Free Malaysia Today
Apa makanan yang disukai rakyat Malaysia? Tonton
9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.