Umur bukan penghalang untuk mencapai cita-cita, hanya perlukan kegigihan dan keazaman semuanya mampu dicapai jika individu tekad serta komited dalam usahanya merealisasikan impiannya.
Sepasang suami isteri yang masing-masing berumur sekitar 70 tahun menjual air teh demi merealisasikan impian mereka dari zaman kanak-kanak lagi untuk travel ke seluruh dunia.
Berkongsi impian yang sama, pasangan yang dikenali sebagai Vijayan dan Mohana akhirnya memutuskan untuk menjual air teh di tepi jalan demi mendapatkan dana merealisasikan kembara impian mereka sejak 55 tahun lalu.
Walaupun untung jualan air teh tidaklah seberapa, pasangan ini mampu menyimpan 300 Rupees ($4.20) setiap hari dan menggunakan dana tersebut sebagai perbelanjaan mereka semasa mengembara.
Hidup dalam kemiskinan tidak menjadi penghalang bagi pasangan warga emas ini untuk merealisasikan impian mereka. Sudah melawat 23 buah negara termasuklah Switzerland, Brazil, USA, Argentina dan Peru, pasangan ini turut mendapatkan bantuan daripada pinjaman bank yang akan dibayar kembali sekitar 3 tahun.
Tidak pernah berfikir untuk berhenti melakukan aktiviti yang menjadi impian mereka sejak dahulu, Vijayan menyasarkan kembara mereka selepas ini ialah ke negara Sweden, Denmark, Holland, dan Greenland Norway.
Sudah bersama selama 45 tahun, pasangan ini memberitahu kembara dunia ini membuka mata mereka dalam mengenali budaya dan menjadikan individu lebih bersifat terbuka.
Pernah digelar gila kerana masih mahu mengembara walaupun hidup dalam kemiskinan, Vijayan mengatakan sumber tenaga dan kekuatannya yang terbesar ialah isterinya. Sentiasa yakin bahawa semuanya boleh digapai sekiranya ada kemahuan dan kekuatan selagi hidup masih berjalan.
Menyimpan koleksi mata wang dari setiap negara yang dilawati di satu sudut kedai, pasangan ini bijak menyusun strategi penyimpanan pendapatan walaupun tidak mempunyai pelanggan yang ramai.
Tip Vijayan dan Mohana:
*tidak mengupah pekerja
*minimumkan perbelanjaan harian
*kurang berbelanja semasa travel
Pasangan warga emas ini merupakan salah satu contoh terbaik untuk individu supaya jangan pernah mengalah dalam mencapai impian anda. Bak kata Vijayan:
Life is beautiful. We enjoy it.
Sumber: Drew Binsky
Nak tahu makanan jalanan apa yang terkenal di dunia? Tonton
5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.